Bapa kepada pempengaruh Mek Yun, iaitu Datuk Wee Han Siew mencuri perhatian dalam satu hantaran yang dimuat naik anaknya itu di TikTok.
Berhenti cakap ketika azan
@mekyunnnn Friendly kan Pok? Sampai semua pekerja dia hafal nama ?? And woww Pok lagi famous daripada Mekyun sekarang kan gais?! ??? ?Durian Pak Misai Keramat #fyp ? Here Comes the Sun – Relaxing Instrumental Music
Menerusi hantaran tersebut, pemilik nama Wee Yun Nee ini dilihat sedang keluar bersama bapanya itu dengan menaiki motosikal untuk membeli durian.
Jom kita pergi cari durian, ikut Mek Yun lah nak beli berapa biji pun.
Dapat dilihat, Mek Yun dan bapanya begitu mesra melayan para pekerja ketika mereka tiba di sebuah gerai menjual durian di tepi jalan.
Apa yang mencuri perhatian ialah bapa kepada pempengaruh berusia 27 tahun itu kemudiannya meminta untuk menghentikan percakapannya bersama seorang individu ketika laungan azan sedang berkumandang.
Eh tengah azan, kita ‘stop’ cakap kejap.
Hantaran tersebut menjadi tular dan meraih perhatian wargamaya yang rata-ratanya kagum dengan sikap yang ditunjukkan bapa Mek Yun.
Sekadar info, bapa kepada Mek Yun merupakan bekas Timbalan Komander Rejimen 506 Askar Wataniah, Kem Pengkalan Chepa, Kelantan dan berpangkat sebagai Leftenan Kolonel.