Makkah, tanah suci yang menjadi tumpuan umat Islam dari seluruh dunia, kini mempunyai satu lagi tarikan yang luar biasa, iaitu Makkah Clock Tower. Terletak di tengah-tengah kota Makkah, menara ikonik ini bukan sahaja terkenal kerana keindahan reka bentuknya, tetapi juga kerana ia memiliki surau yang paling tinggi di dunia, terletak di dalam bentuk bulan sabit yang menghiasi bahagian atas menara tersebut.
VIDEO Suasana Dalam bulan sabit Makkah Clock Tower
Jika anda berpeluang melawat Makkah, satu pengalaman yang pasti tidak boleh dilepaskan adalah menikmati pemandangan dari dalam bulan sabit Makkah Clock Tower. Baru-baru ini, sebuah video viral menunjukkan pemandangan yang menakjubkan dari dalam struktur bulan sabit ini, membuatkan ramai terpesona dengan keindahan dan keunikannya.
Tetapi malangnya, bilik ini tidak boleh diakses oleh orang awam ya! Hanya pegawai yang bekerja di dalam menara jam sahaja yang dibenarkan masuk. Lihat video di bawah.
@albhaarr هلا ل برج الساعة #مكة_المكرمة #الحرم_المكي#بحار_التيكتوك #البحار_ابوالعز #اكسبلورexplore
♬ الصوت الأصلي – صمــٰت البــٰوح
Video yang kini viral di media sosial memberikan kita peluang untuk melihat pemandangan luar biasa yang hanya boleh dinikmati dari dalam bulan sabit ini. Dari dalam, kita dapat melihat panorama 360 darjah yang menakjubkan, termasuk pemandangan Kaabah yang menjadi kiblat umat Islam seluruh dunia. Latar belakang pemandangan kota Makkah, yang dipenuhi dengan lautan manusia yang datang untuk menunaikan haji atau umrah.
Dofahamkan di dalam lengkung dan alurannya, terdapat ruang kediaman sepenuhnya yang merangkumi empat tingkat. Walaupun kos pembinaan “Dokkae Tower Crescent” adalah sebanyak $1 bilion, namun nilai sebenarnya mampu melangkaui nombor semata-mata.