Pelakon Azhar Sulaiman mencuri perhatian netizen apabila memuat naik sebuah video yang menunjukkan anak perempuannya Leona sedang melakukan parodi menggunakan lagu ‘Main Shayar To Nahin’.
Rela diuji
Menerusi video tersebut, Azhar Sulaiman turut meninggalkan kapsyen ‘Behar gagal sebagai ayah sebab Leona Sexy?’. Kapsyen berkenaan menjadi tanda tanya dalam kalangan netizen. Mereka mendakwa Azhar Sulaiman mahu menutup mulut segelintir individu yang rajin meninggalkan komen berhubung fesyen dan cara pemakaian anak perempuannya itu.
Menurut Azhar Sulaiman, dia rela diuji dengan cara sebegitu daripada menerima semua ujian yang para Nabi hadapi suatu masa dahulu.
Nabi Adam Diuji dengan anak-anak bermusuhan hingga terbunuh. Nabi Nuh diuji dengan isteri dan anak yang menentang serta tidak taat kepadanya.
Nabi Yaakub anaknya pula saling dengki mendengki hingga mahu membunuh. Sedangkan Nabi pun diuji dengan masalah domestik inikan pulak kita ni.
Video
View this post on Instagram