Erfan Akif iaitu bekas suami kepada pempengaruh, Tyrah Betyrah menafikan dakwaan telah memukul serta menyihir bekas isterinya itu.
‘Gambar lebam tu dah disunting’
@official Replying to @ZamriMindin Erfan Akif menafikan dakwaan telah ‘berkeras’ dan menyihir bekas isterinya itu Tyrah Betyrah. # #sembangentertainment #erfanakif #nafi #sihir #tyrahbetyrah ? original sound – OHBULAN!
Ketika bersiaran langsung di TikTok, Erfan mendakwa tidak pernah mengasari apatah lagi memukul Tyrah seperti yang didakwa bekas isterinya itu menerusi kenyataan sebelum ini.
Dalam kesempatan itu, Erfan turut mengemukakan beberapa bukti termasuk foto tangan Tyrah yang didakwa memiliki kesan lebam akibat dipukul.
Gambar yang lebam itu sebenarnya dah disunting. Itu fitnah akhir zaman. Gambar tu sebenarnya kesan pencahayaan dan bukannya lebam.
Bukan itu sahaja, Erfan turut menepis tuduhan bahawa dia telah menyihir Tyrah sehingga wanita itu terpaksa berkahwin dengannya.
Kalau lah saya Muhammad Erfan Akif bin Ruslan pernah menyihir Atyrah atau bomoh sampai jadi turut cakap saya, tunjuk lah kuasaMu Ya Allah, laknatlah aku Ya Allah.
Tak pernah sihir atau bomoh. Dia ikut saya sebelum ni sebab cinta.
Sebelum ini, Tyrah bersama seorang wanita yang dipercayai bekas madunya pernah mendedahkan kisah rumah tangga mereka menerusi siaran langsung di TikTok.
Mereka mendakwa sering dikasari oleh bekas suami selain mendakwa dipaksa untuk melakukan perkara di luar batasan.
Susulan daripada itu, Erfan tampil membuat sumpah laknat dengan menjelaskan bahawa dia tidak pernah melakukan threesome (seks tiga serangkai) bersama isteri-isterinya selain menyuruh kesemua isterinya mandi bersama-sama dalam keadaan berbogel.