Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment ‘Bekas Suami Tinggalkan Saya Bila Dapat Tahu Anak Kami Autisme, Dia...

    [VIDEO] ‘Bekas Suami Tinggalkan Saya Bila Dapat Tahu Anak Kami Autisme, Dia Tak Boleh Terima’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    anak autismeanak autisme

    Seorang wanita meluahkan rasa kecewa terhadap tindakan bekas suami selapas mengetahui anak mereka menghidap autisme.

    Terima anak istimewa

    @say_shazril0

    Last pesakit sy pagi ni didatangi dengan kisah sebegini. Terus sy teringat video @adamsautismfamily semalam sebab terus terang cerita sy dapat banyak dm dari mak2 saying suami mereka tak amik kisah langsung pasal anak istimewa mereka. Janganlah begitu, ada sebab Allah turunkan anak sebegitu kepada kita.

    ? Slow sad background music.(1270171) – Art Music Style

    Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, doktor perubatan, Dr Say atau nama lengkapnya Muhammad Shazril Shaharuddin berkongsi tentang kisah seorang wanita yang bercerai dengan suaminya kerana lelaki tersebut tidak dapat menerima anak istimewa mereka.

    Pagi tadi dalam pukul 5, saya didatangi oleh seorang pesakit dan juga pengikut saya. Dia berterima kasih sebab saya banyak keluarkan konten mengenai autisme sebab anaknya juga ada autisme.

    Yang buat saya sayu adalah apabila dia cakap, ‘doktor bagus sebab tetap bersama anak autistik, bekas suami saya tinggalkan saya bila dapat tahu anak kami autisme, dia tak boleh terima anak kami sebegitu.’

    Dalam nada tegas, bapa kepada dua orang anak ini berkata, perasaan malu tidak seharusnya timbul dalam diri kerana ada balasan baik yang akan diberikan oleh Allah SWT jika menjaga anak istimewa.

    Saya terfikir, kenapa lelaki nak malu dapat anak sebegini? Mereka tak tahu ke yang mereka dah ada kunci ke syurga?

    Nak kata anak istimewa ini membebankan..Allah takkan uji kalau dia tahu kita tak mampu.

    Bercerita tentang pengalaman sendiri, Dr Say mengakui selepas kehadiran anak sulungnya Aezriel, dia dilimpahkan rezeki yang lebih banyak.

    Bila saya ada anak autisme ini, rezeki yang saya dapat adalah lebih daripada pendapatan biasa saya.

    Dalam pada itu, Dr Say mendedahkan bahawa dalam kebanyakkan kes, bapa adalah pembawa genetik autisme. Justeru itu, pemikiran negatif tentang anak istimewa ini haruslah di ubah.

    Nak salahkan isteri sebab melahirkan anak autism? Tahu tak genetik pembawa autisme kebanyakkannya diwarisi daripada bapa.

    Jadi kepada bapa-bapa yang malu atau rasa anak istimewa ini membebankan, tolonglah ubah mindset kalian. Kita sepatutnya berbangga dan bersyukur dapat anak syurga sebegini.

    ALSO READ:  [VIDEO] ‘Tekap Seterika Di Kemaluan Arwah, Itu Yang Saya Tak Boleh Terima’ – Ibu Zulfarhan

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts