Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Bekpes Hot Tawan Puncak Kinabalu, Raih Malaysia Book of Records Siaran...

    [VIDEO] Bekpes Hot Tawan Puncak Kinabalu, Raih Malaysia Book of Records Siaran Radio Tanpa Henti Terpanjang

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Setelah mengekalkan kedudukan sebagai stesen radio nombor 1 di Malaysia, Hot FM kini melakar sejarah baharu dengan kejayaan bersiaran selama 24 jam tanpa henti sepanjang ekspedisi mendaki Gunung Kinabalu melalui kempen “Bekpes Hot Tawan Puncak Kinabalu” pada 14 dan 15 November 2024.

    Semangat luar biasa

    @hotfm976_

    BEKPES HOT MENDONIAAAA DI PUNCAK KINABALU ? Alhamdulillah, Misi Bekpes Hot Tawan Puncak Kinabalu, berjaya! Walaupun banyak rintangan dan dugaan, tapi atas doa dan sokongan semua, misi in BERJAYA! YANG PENTING, MISI INI UNTUK ANDA SEMUA ?? @AGAzmeer @INIREALFAFAU @JozlynnHanania_ @Khairykj

    ? original sound – Hot FM – Hot FM

    Bekpes Hot, terdiri daripada penyampai popular KJ, Johan, Fara, dan AG, disertai oleh beberapa rakan ekspedisi termasuk Datuk Muqharabbin Mokhtarrudin (Qobind), pendaki termuda Asia Tenggara di Gunung Everest, Doktor Hazwan Khair, Ketua Perubatan Sukan Selangor FC selaku pegawai perubatan yang memantau serta penasihat kesihatan dan Rozlinawaty (Ozlynn Waty), serta kru Hot FM.

    Mereka memulakan pendakian dari Timpohon Gate di Taman Kinabalu pada 14 November 2024, jam 8:30 pagi. Setelah tiba di Panalaban Base Camp pada ketinggian 3,272 meter dari aras laut sekitar jam 6.58 petang, mereka berehat sebelum menyambung perjalanan ke puncak Gunung Kinabalu pada jam 3:00 pagi, 15 November 2024.

    Bekpes Hot dan kumpulan pendakian kemudian tiba di puncak setinggi 4,095.2 meter dari aras laut. Sementara itu, Fara Fauzana tidak meneruskan perjalanan bersama rakan-rakan lain ke puncak Gunung Kinabalu disebabkan oleh faktor kesihatan.

    Fara Fauzana memulakan perjalanan menuruni Gunung Kinabalu pada jam 8.00 pagi ditemani oleh pemandu arah dan sampai ke Timpohon Gate di Taman Kinabalu, manakala KJ, Johan & AG berjaya menuruni Gunung Kinabalu.

    ALSO READ:  [VIDEO] Khairul Aming Enggan Pasang ‘Bodyguard’ – ‘Saya Tak Nak Ada Jarak Dengan ‘Followers’

    Malaysia Book of Records

    Hot FM melalui Bekpes Hot dianugerahkan sijil Malaysia Book of Records atas kejayaan mencatat rekod baharu bagi kategori “Siaran Radio Tanpa Henti Terpanjang di Gunung Kinabalu.”

    Sijil penganugerahan ini disampaikan oleh wakil Malaysia Book of Records, Megat Faris Hussein Bin Megat Muzaffar Shah, yang turut mendaki bersama mereka untuk merakam detik bersejarah ini di Panalaban Base Camp sebelum meneruskan perjalanan untuk meneruni Gunung Kinabalu. 

    Matlamat kempen ini adalah untuk membuktikan bahawa Hot FM lebih daripada sekadar stesen radio dengan menyahut cabaran mendaki Gunung Kinabalu sambil bersiaran langsung tanpa henti.

    Ini juga memperlihatkan daya tahan dan inovasi teknikal stesen dalam memastikan sambungan siaran terus berjalan lancar sepanjang pendakian. Sebagai stesen radio Malaysia pertama yang berani mencuba pencapaian luar biasa ini, Hot FM terus mengukuhkan komitmennya untuk kekal relevan dan dekat di hati peminat.

    Pencapaian terhebat

    @hotfm976_

    Bekpes Hot dah tawan Puncak Gunung Kinabalu! Bekpes Hot wira harian semua! ?? Bekpes Hot kolaborasi bersama KOPI SUPER™?, membawa yang terbaik dari dalam diri anda. Jangan lupa ikuti SUPER Siaran Luar Bekpes Hot Tawan Puncak Kinabalu!?KOPI SUPER™?, untuk wira-wira harian. #BekpesHotTawanPuncakKinabalu #BekpesOnTop #BekpesKinabalu #SUPERkePuncak #KopiSUPER #ClimbWithSUPER #TawanBersamaSUPER

    ? original sound – Hot FM – Hot FM

    Pengarah Kandungan Kanan Hot FM, Raja Khairil Idris Raja Aznan berkata, ia adalah kejayaan yang sangat membanggakan selain semangat luar biasa yang ditonjolkan oleh mereka wajar diberi pujian.

    Kejayaan Bekpes Hot dalam mendaki puncak Kinabalu merupakan satu pencapaian yang sangat membanggakan. Semangat juang dan kekeluargaan KJ, Johan, dan AG dalam memberi sokongan kepada Fara Fauzana yang gigih tiba di Laban Rata walau menempuhi banyak cabaran adalah bukti setiakawan mereka.

    Inilah nilai yang dibawa oleh Hot FM, sentiasa di sisi peminat dalam apa jua keadaan. Sebab itu, Hot FM kekal sebagai pilihan nombor satu rakyat Malaysia.

    Pencapaian bersejarah ini tidak mungkin tercapai tanpa sokongan dan kerjasama rakan kolaborasi kami seperti Kopi SUPER™ sebagai Penaja Utama siaran luar, ANBOT sebagai Penaja Bersama siaran luar, Firefly sebagai Rakan Penerbangan, dan Amazing Borneo selaku Rakan Strategik yang menguruskan logistik dan hospitaliti keluarga Hot FM sepanjang kempen ini.

    ALSO READ:  Karolina Shiino, Miss Jepun 2024 Menyerahkan Kembali Mahkota Selepas Diketahui Menipu Secara Umum

    Kami di Hot FM ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua peminat dan rakan kolaborasi kami atas sokongan yang tidak berbelah bagi dalam menjayakan misi ini.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts