Sekadar gambar hiasan
Seorang ustaz tampil kongsi kisah individu yang kerap membeli tanpa basuh.
Kena basuh dan jemur
@farhan_almustakim Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu kebaikan pakaian ini dan kebaikan sesuatu yang di dalamnya, dan aku berlindung kepada-Mu dari keburukan pakaian ini dan keburukan sesuatu yang ada di dalamnya.#farhanalmustakim #rawatanislam #gangguan #johor #kampungmelayumajidee #singapore #kl #gombak #foryour #gangguanpakaianterpakai #doa ? original sound – SYAMEL AMZAH
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, ustaz yang dikenali sebagai Farhan Al-Mustakim dilihat sedang mengubati individu selepas mengadu sering mimpi buruk.
Kerap beli baju terpakai hampir setiap minggu, lupa basuh terus pakai.
Naik gatal-gatal, badan panas, setiap malam rasa seperti ditindih dan mimpi ngeri.
Selepas rawatan Alhamdulillah pulih.
Ujarnya, pakaian terpakai sepatutnya dibasuh dahulu kerana asal usul baju itu tidak diketahui.
Asas kebersihan
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tidak menyalahkan pembelian pakaian terpakai namun asas kebersihan seseorang itu yang perlu dititikberatkan. Selain itu, terdapat juga warganet yang menceritakan pengalaman ngeri membeli ‘bundle’.