Jutawan tudung Bawal Exclusive, Haliza Maysuri menjelaskan bahawa hadiah yang diberikan oleh suami, Mohd. Rosli Awang itu bukanlah demi konten.
‘Kebetulan pandai pula bawa mesin kredit kad’
@angsaemasjewellery Sharing dari Puan Hajah Haliza, macam mana boleh dapat tasbih emas #tasbih #emas #halizamaysuri #angsaemasjewellery ? original sound – Angsa Emas Jewellery
Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Haliza memberitahu dia sudah membuat tempahan tasbih emas tersebut daripada Angsa Emas Jewellery sebelum dia dan suami menunaikan haji pada Jun lalu. Namun tasbih itu baru siap ketika sambutan hari ulang tahun kelahirannya, baru-baru ini.
Beberapa hari sebelum nak pergi haji baru tempah, dan baru je siap. Dan masa tu kena bayar, kebetulan pandai pula bawa mesin kredit kad ya.
Nasib baiklah abang haji bawa kredit kad dia. Jadi, inilah hari jadi saya daripada suami tahun ini.
Dalam pada itu, Haliza memberitahu bahawa pemberian itu bukanlah dirancang untuk tujuan konten sebaliknya ianya berlaku secara kebetulan.
Saya kata beli lah tasbih, rajinlah juga nanti nak berzikir, nak berselawat dan saya istiqamah untuk berzikir.
Ini bukan konten tapi tasbih tu memang baru siap.
Terdahulu, Haliza berkongsi video momen menerima hadiah sebuah kereta mewah BMW dan tasbih bernilai RM30,000 daripada suami tercinta sempena hari jadinya yang ke-47.
Majlis yang dihadiri kira-kira 200 tetamu di The St. Regis Kuala Lumpur pada malam Isnin itu turut diserikan dengan persembahan daripada penyanyi, Dayang Nurfaizah.
Antara rakan selebriti yang hadir adalah Datin Seri Umie Aida, Datuk Nora Ariffin, Datin Anne Ngasri dan Ifa Raziah.