Siapa yang tidak mengenali dengan pelakon dan penyanyi cantik satu ini, iaitu Bella Astillah atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah.
Memulakan kerjayanya sebagai penyanyi semasa masih kecil bersama-sama adiknya Didi Astillah yang dikenali sebagai Anak-anak mutiara. Mereka berdua kini meneruskan kerjaya dalam industri seni tanah air dalam bidang lakonan.
Penyanyi kelahiran Sandakan Sabah ini telah dikurniakan 2 orang cahaya mata dengan perkahwinan terdahulu bersama bekas suaminya iaitu Aliff Aziz.
“Orang Tua Tua Kata Kalau Muka Sama Ni Jodoh Kuat”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @lilylayla933 yang perolehperhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 272 ribu, tanda suka sebanyak 12 ribu dan sebanyak 306 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Bella Astillah yang menjawab pertanyaan netizen mengenai bagaimana kisah pertama kali bertemu dengan Syed Saddiq kerana kini mereka kelihatan sangat serasi bersama.
@lilylayla933 Replying to @qamarunnisa77 Detik perkenalan @Bella Astillah @Syed Saddiq #bellaastillah #SyedSaddiq
♬ suara asli – ෆ∀L∀ෆ✧*。 – user46638048340
Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa jarang lelaki ingat waktu pertama kali kenal namun Syed Saddiq mengingatinya. Tambah mereka lagi, wajah Syed Saddiq dan Bella Astillah kelihatan seiras dan berkemungkinan sebab itu mereka digandingkan bersama.
Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?