Siapa yang tak suka bercuti dengan keluarga, kan? Lagi-lagi kalau destinasi yang dipilih tu penuh dengan aktiviti seronok untuk semua orang, dari si kecil sampai ke mak-bapak.
Pada musim sejuk yang lalu, kami di MURAI MY diberi peluang istimewa oleh AirAsia dengan kerjasama Hokkaido Tourism Organisation untuk teroka Hokkaido, Jepun. Apa yang menariknya, Hokkaido bukan sahaja syurga musim sejuk, tetapi juga penuh dengan tempat menarik yang sesuai untuk seisi keluarga. Jadi, nak tahu tempat-tempat yang wajib dikunjungi? Jom, kami kongsikan 5 lokasi menarik di Hokkaido yang pasti buat percutian keluarga lebih seronok!
1. Asahiyama Zoo – Pengalaman Menakjubkan Lihat Penguin!
Kalau nak tengok penguin, jangan haraplah nak jumpa di Malaysia! Di Asahiyama Zoo ni, anak-anak pasti teruja dengan Penguin Snow Walk Pavilion, satu pameran yang sangat popular di Jepun.
View this post on Instagram
Bukan penguin je ada, banyak lagi haiwan yang hidup di musim sejuk seperti beruang kutub, serigala salju, burung hantu putih dan banyak lagi. Dengan suasana musim sejuk yang sejuk-sejuk manja tu, zoo ini memberikan pengalaman yang sangat berbeza berbanding dengan zoo di tempat lain. Memang satu peluang emas untuk anak-anak belajar sambil berhibur.
- Lokasi: Kuranuma Higashiasahikawacho, Asahikawa
- Harga Tiket: Bermula RM27
- Laman Sesawang: www.city.asahikawa.hokkaido.jp
2. NEW FURANO PRINCE HOTEL: Family Snow Land
Bila bercuti ke Hokkaido dengan keluarga, salah satu tempat yang wajib untuk singgah adalah New Furano Prince Hotel, terutamanya bagi yang mencari pengalaman musim salji yang menyeronokkan untuk semua peringkat usia. Hotel ini bukan sahaja terkenal dengan penginapannya yang selesa, tetapi juga menawarkan Family Snow Land yang memang sangat sesuai untuk aktiviti keluarga.
Bagi yang ada anak kecil, atau bahkan orang dewasa yang nak lepaskan gian main salji, Family Snow Land ini adalah tempat yang sempurna. Salah satu aktiviti yang wajib cuba adalah kereta salji. Bayangkan, satu keluarga boleh naik kereta salji bersama-sama dan menikmati pemandangan salji yang menakjubkan sambil merasai keseronokan salji yang lembut di bawah. Untuk yang nak lebih ‘adrenalin’, banana boat salji pula pastinya akan buat anak-anak (dan mak-bapak) teruja! Bayangkan betapa seronoknya meluncur di atas salji sambil gelak tawa seisi keluarga. Aktiviti-aktiviti ini memang akan membuatkan percutian lebih bermakna.
- Lokasi: Berhadapan New Furano Prince Hotel
- Harga Tiket: Bermula RM90 Seorang ( Permainan tanpa had untuk 1 jam)
3. Otaru Tenguyama Ropes Way Snow Play – Main Salji Di Puncak Bukit
Pernah bayangkan naik kereta kabel sambil menikmati pemandangan indah di atas salji? Inilah yang anda akan dapat di Otaru Tenguyama Ropes Way. Kereta kabel ini akan membawa anda dan keluarga ke puncak bukit, di mana anak-anak boleh bermain salji dengan gembiranya. Salji yang lembut dan sejuk memang sesuai untuk main salji, membuat bola salji atau sekadar berlari-lari gembira. Kalau anak-anak suka tengok drama, jangan lupa bahawa First Love, drama Netflix yang popular tu, juga buat penggambaran di sini. Jadi, boleh ‘feel’ macam dalam drama jugalah!
- Lokasi: Otaru, Hokkaido
- Harga Tiket: Bermula RM23 Pergi Balik (Kanak-kanak) RM46 (Dewasa)
4. Urban Aquarium “AOAO SAPPORO” – Akuarium Dalam Mall
Kalau cuaca terlalu sejuk atau nak aktiviti dalam bangunan yang selesa, Urban Aquarium “AOAO SAPPORO” adalah tempat yang sesuai. Terletak di tengah-tengah bandar Sapporo, akuarium ini berada dalam sebuah mall Moyuk SAPPORO, jadi sangat mudah diakses. Bukan sahaja dapat tengok pelbagai jenis ikan laut, tetapi anda juga boleh bertemu dengan penguin comel yang pastinya buat anak-anak teruja. Tempat ini juga edukatif kerana ada banyak maklumat tentang kehidupan laut yang boleh dipelajari. Senang, selesa, dan sangat sesuai untuk keluarga dengan anak-anak kecil.
- Lokasi: Moyuk SAPPORO
- Harga Tiket: Bermula RM27 (Kanak-kanak), RM57 (Dewasa) di Klook
5. Mitsui Outlet Park Sapporo Kitahiroshima – Shopping dengan Harga Murah
Sapa tak suka shopping? Kalau ke Hokkaido, jangan lupa singgah di Mitsui Outlet Park Sapporo Kitahiroshima. Ini tempat yang wajib dikunjungi untuk shopping dengan harga yang berbaloi. Banyak jenama terkemuka ada di sini seperti COACH, Nike, PUMA, dan banyak lagi dengan harga yang murah-murah.
Kalau anda bawa keluarga besar dan bercadang untuk masak di apartmen, boleh singgah ke Supermarket FARM Village di sini. Banyak keperluan masak, buah-buahan, snek dan minuman yang dijual pada harga lebih murah daripada pasaraya lain.
Kalau mak-mak tengah cari barang dari jenama THERMOS, butik ini ada menawarkan harga yang lebih murah daripada tempat lain. Ditambah dengan diskaun khas dan banyak voucher, memang tak rugi datang sini! Boleh buat rujukan di laman sesawang mereka di sini.
Dengan cuaca sejuk yang nyaman, makanan yang sedap, dan tempat-tempat menarik untuk keluarga, Hokkaido memang destinasi yang sempurna untuk percutian seisi keluarga. Jadi, kalau ada plan untuk bercuti musim sejuk nanti, pastikan Hokkaido ada dalam senarai. Pasti akan jadi kenangan yang tak dapat dilupakan!
AirAsiaX: Penerbangan Langsung Tanpa Gangguan
Tentu saja, perjalanan ke Hokkaido tak akan lengkap tanpa penerbangan yang selesa. Terima kasih kepada AirAsiaX (AAX) dan Hokkaido Tourism Organization yang telah membawa kami ke destinasi sejuk ini!
AirAsiaX adalah pilihan penerbangan langsung dari Kuala Lumpur ke Sapporo, jadi tak perlu buang masa transit di Tokyo atau mana-mana tempat lain.
Penerbangan D7 550 dari Kuala Lumpur pada jam 23:50 dan tiba di Sapporo pada jam 8:25 pagi keesokan harinya. Penerbangan malam ni memang memudahkan, anda boleh tidur sepanjang perjalanan dan sampai di Sapporo dengan segar untuk memulakan pengembaraan.
Bila dah selesai semua aktiviti seronok ni, penerbangan D7 551 dari Sapporo pada 9:40 pagi dan sampai ke Kuala Lumpur pada 17:20, memberi anda cukup masa untuk berehat sepanjang perjalanan pulang.
Dengan penerbangan direct ni, memang sangat jimat masa! Jangan risau tentang transit panjang atau perjalanan yang memenatkan. Cuma duduk, relaks, dan nikmati perjalanan anda!