Sekadar gambar hiasan
Seorang doktor tampil berkongsi kisah individu berusia 25 tahun yang sudah sebanyak lima kali hasil perkahwinan dengan lima suami berbeza.
Suami kelima inginkan zuriat lagi
@dokteramiraobgyn Hamil ke 5 usia 25 dan suami yang ke 5 #dokterobgynpedalaman#papua#fyp ? suara asli – dr.Amira,SpOG
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, doktor yang dikenali sebagai Dr Amirah selaku pakar Obstetrik & Ginekologi (O&G) memaklumkan individu terbabit bertekad untuk mengikat rahim.
Namun ujarnya, suami yang kelima enggan menerima kerana ingin menambah zuriat dalam perkahwinan.
Anak bersama bekas suami yang pertama ketika dia berusia 16 tahun. Kini anaknya sudah berusia 9 tahun.
Si isteri bertekad untuk mengikat rahim kerana sudah penat.
Tapi suami kelima merasakan terlalu awal untuk mengikat rahim kerana umurnya yang masih muda.
Saya ada mencadangkan pemasangan IUD yang boleh dikeluarkan jika bersedia untuk hamil lagi namun si isteri berkeras dengan keputusannya.
Walau bagaimanapun, individu terbabit akhirnya akur dengan keputusan suami untuk tidak mengikat rahim.
Dalam pada itu, Dr Amirah menekankan kepentingan perbincangan mengenai isu zuriat sebelum memutuskan untuk berkahwin dengan pasangan pilihan hati.