Pelakon dan usahawan Betty Rahmad menegur segelintir warganet yang meninggalkan komen negatif terhadap majlis ilmu yang dianjurkannya baru-baru ini.
Betty bersuara
@bettyrahmadali Replying to @??????.? ? semoga kita lebih berhati hati dalam berkata kata kerana niat tidak menghalalkan cara ?
? original sound – Betty Rahmad | Sambal Queen – Betty Rahmad | Sambal Queen
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Betty atau nama sebenarnya Norsha Rahmad berkata, sebagai seorang manusia dia juga pernah melakukan kekhilafan sebelum ini.
Justeru, Betty meminta warganet untuk memandang usaha mereka menimba ilmu agama dari sudut positif.
Saya dapat banyak sangat komen negatif untuk majlis ilmu yang saya anjurkan baru-baru ini. Antaranya majlis ilmu itu untuk artis-artis sahaja, nak pakai tudung tutuplah elok-elok, tak susah pun nak pin tudung.
Pertama sekali awak semua kena ingat, Nora Danish dan kawan-kawan saya yang lain malah saya juga pernah berada di tempat mereka sebelum ini, saya pun jahil dan banyak benda yang saya tak tahu.
Tapi awak semua perlu cuba melihat perkara ini dengan cara baik dan yang positif daripada tengok yang negatif.
Menurut Betty, niat dia menganjurkan majlis tersebut kerana mahu berkongsi ilmu bersama artis lain yang mungkin sukar untuk menghadiri ke kelas agama.
Ya, saya panggil artis sahaja sebab itu target saya. Sebab saya tahu, mereka nak belajar tetapi mereka takut tak tahu nak pergi dekat mana, takut tidak diterima, takut dikecam.
Jadi saya buka ruang untuk mereka belajar secara perlahan-lahan.
Jangan cepat menilai
View this post on Instagram
Sementara itu, Betty juga menasihati warganet agar menjaga penulisan mereka berikutan ia boleh mengundang lebih banyak keburukan.
Hati-hati dengan komen, dalam tak sedar sebenarnya awak dah buka ruang untuk orang lain sama-sama mengutuk di komen itu.
Cuba cermin diri, adakah kita sempurna? Tak ada sesiapa pun yang sempurna. Kita semua nak belajar, yang datang rumah saya mereka pun nak belajar termasuk diri saya.
Adakah kita tutup aurat kita dengan sempurna? Cukup sempurnakah diri kita ini, nak mengata orang lain.
Dalam masa yang sama, adik kepada pengarah terkenal Erma Fatima itu memohon agar warganet tidak mudah menilai usaha dirinya dan rakan-rakan artis untuk mencari ilmu.
Kalau tak ada benda baik nak cakap, lebih baik jangan cakap. Jangan guriskan hati sesiapa pun.
Saya tak suka awak semua kutuk kawan-kawan saya sebab saya sangat hargai inisiatif mereka untuk datang belajar.