Pelakon, Diana Rafar ketika ini sedang berada di Tanah Suci Makkah bersama keluarganya bagi mengerjakan ibadah umrah.
Rezeki berjumpa orang baik
@adianarafar Mashallah Tabarakallah…. Betul lah org kata setiap umrah kita tak kan sama.. walaupun dah pernah sampai. Alhamdullilah Alla kulli hal diana dapat tempat yg sama dalam raudah di dpn mihrab Rasulluah Saw. Powerfull selawat yg diana share bulan lepas, tp kali memang lebih miracle. punya lah ramai org lepas diana solat dan berdoa utk korang semua tiba2 toleh belakang rupanya diana sorang kat situ.., Lepas tu ada kejadian polis bawak diana ajak ke makam Rasulluah dia kata jom doakan Nabi Muhammad n bg salam utk sahabat…. Next video ni diana share ya …. ??? #Raudah ? Fi Hubbi – Nissa Sabyan
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Diana atau nama lengkapnya Adiana Abdul Rafar berkongsi pengalaman ditemukan dengan insan yang memudahkan perjalanan beribadah di hadapan Mihrab Nabi Muhammad.
Betul la orang cakap, setiap umrah kita tak sama.
Alhamdulillah saya dapat tempat yang sama dalam Raudhah di hadapan Mihrab Rasulullah SAW.
Punya lah ramai orang lepas saya solat dan berdoa, tiba-tiba toleh belakang rupanya saya sorang di situ.
Apa yang lebih menakjubkan, Diana dibawa oleh pengawal wanita ke makan Rasulullah.
Allah hantar dia untuk saya. Yang saya tahu polis dan pengawal semua tegas.
Ajaibnya, dia boleh peluk saya sampai ke sini.
Selepas itu, dia bawak saya ke makan Nabi dan beri salam untuk sahabat.
Dalam pada itu, Diana meluahkan rasa syukur kerana perjalanan keluar masuk Raudhah kali ini dipermudahkan.