Bikin kejutan, duo adik beradik Shiha dan Ieda Zikir dinobatkan sebagai juara Famili Duo 4 (FD4) yang berlangsung di Studio NTV7 Glenmarie Shah Alam dan disiarkan di saluran TV3, malam Ahad.
Tak pernah menang dalam pertandingan
Menerusi kemenangan itu, Shiha dan Ieda berjaya membawa pulang wang berjumlah RM100,000 beserta trofi.
Dalam saingan peringkat akhir, duo terbabit telah menyampaikan lagu ‘Dokter Cinta’ di pusingan pertama yang bertemakan bebas.
Manakala, pada pusingan kedua iaitu tema duet vokal kumpulan, mereka telah menyampaikan lagu ‘Mentera Semerah Padi’.
Sokongan keluarga
@official JUARA FAMILI DUO MUSIM KALI INI JATUH KEPADA SHIHA DAN IEDA ZIKIR! Tahniah min ucapkan ?? #PerfumeParadise #baumacamparadise #spraysekaliwangi3hari # #familiduo ? original sound – OHBULAN!
Shiha, 37, meluahkan rasa syukur di atas kemenangan tersebut dan berterima kasih kepada penyokong yang tidak henti memberi sokongan.
Saya tak pernah menang sebarang pertandingan sebelum ini, syukur alhamdulillah. Terima kasih ibu dan juri serta penyokong semua.
Duo tersebut berjaya memperoleh markah tertinggi sekali gus menewaskan dua pesaing lain iaitu Salma dan Ayie serta Tomok dan Sharul Kamal.
Tempat kedua dimenangi oleh duo sepupu, Ayie dan Salma sekali gus membawa pulang hadiah berupa wang berjumlah RM30,000.
Sementara itu, tempat ketiga dimenangi oleh duo sepupu Tomok dan Sharul yang berjaya membawa pulang wang berjumlah RM20,000.
Malam kemuncak FD4 turut diserikan dengan persembahan istimewa daripada Mas Idayu yang menyampaikan lagu terbaharu berjudul ‘Harum Mekar Di Hati’
Dihoskan oleh Sharif Zero dan Janna Nick, FD4 yang berlangsung selama lapan minggu telah dijurikan oleh Mas Idayu dan Datuk Rosyam Nor.