Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment “Bila Gemuk Kutuk, Bila Kurus Kata Sakit…”-Jasmin Hamid

    [VIDEO] “Bila Gemuk Kutuk, Bila Kurus Kata Sakit…”-Jasmin Hamid

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pelakon, Jasmin Hamid meluahkan rasa kesal terhadap sikap segelintir netizen yang mempersoalkan saiz tubuh badannya yang kini semakin langsing selepas melakukan pembedahan bariatrik.

    Jasmin Hamid menerusi video yang dimuatnaik di Instagram, Jasmin akui tidak mampu untuk memuaskan hati semua orang yang mempertikaikan dirinya kelihatan kurus disebabkan sakit.

    “Manusia oh manusia. Serba tak kena. Bila gemuk, kau kata tak pandai jaga badan. Bila kurus, kau kata kencing manis. Mana boleh nak puaskan hati semua orang. Cuba bawa bertenang.”-kata Jasmin Hamid di Instagram

    View this post on Instagram

    A post shared by jasminhamid (@jasminhamidjh)

    “Pedulikan Kak, Janji Kita Sihat…”

    Luahan pelakon drama 7 Hari Mencintaiku 2 ini dihujani dengan pelbagai reaksi netizen, malah ramai yang meminta Jasmin agar mengabaikan sahaja kata-kata negatif yang dilemparkan kepadanya itu.

    “Akak jangan ikut kata netizen. Bila kita ikut kata netizen, kita yang sakit. Be yourself.”

    “Pedulikan kak. Janji kita sihat.”

    “Kita hidup ni jangan dituruti sangat kehendak orang. Hidup untuk diri kita sendiri.”

    “Kurus akak nampak anak dara. Kalau gemuk nampak mak orang. Hebat bukan.”

    “Kurus ke gemuk ke tak masalah. Janji sihat dan tetap kelihatan cantik kan.”

    “Bahagia ikut cara sendiri. Jangan fikirkan orang lain.”

    “Boleh dah belakon jadi mak-mak yang lebih vogue. Hebat nok.”

    Sebelum ini, Jasmin Hamid pernah membuat perkongsian mengenai tubuh badannya yang semakin langsing selepas melakukan pembedahan bariatrik. Tambahnya lagi, dia merasakan dirinya semakin ringan selepas mengalami penurunan berat badan sebanyak hampir 15 kilogram.



    Related articles

    Follow Us

    20,247FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts