Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment ‘Bila Nora Danish Bercerai Ramai Buat Konten Nak Jadikan Isteri, Ini...

    [VIDEO] ‘Bila Nora Danish Bercerai Ramai Buat Konten Nak Jadikan Isteri, Ini Dilarang Dalam Islam’ – PU Salman

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    hukum bagi hint 1hukum bagi hint 1

    Semenjak aktres Nora Danish bercerai dengan bekas suaminya iaitu Nedim Nazri, ramai yang menyatakan hasrat untuk mengisi kekosongan di hati pelakon jelita itu.

    Penjelasan PU

    @pusalman

    Hukum bagi hint nak nora danis dlm iddah #cerai #fyp #selebriti

    ? bunyi asal – PU Salman – PU Salman

    Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, penceramah PU Salman bagaimanapun meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan segelintir individu yang menyatakan mahu memperisterikan Nora sedangkan aktres itu masih dalam edah.

    Ini adalah isu penting, bila Nora Danish bercerai ramai buat konten, ceramah, video-video daripada ustaz-ustaz pun ada. Ada yang cakap minat Nora, nak jadikan isteri, sukakan Nora..ini semua tak betul.

    Menurut Salman, tindakan tersebut adalah ditegah di dalam Islam meskipun bukan secara terang-terangan.

    Dalam Islam, bila wanita itu diceraikan oleh suaminya, diceraikan talak satu atau talak dua, haram melamar sama ada secara terus terang atau secara berkias.

    Secara berkias ni contohnya kata ulamak seperti kita puji dia cantik, suka..maknanya berkias apatah lagi secara terus terang.

    Salman kemudian menjelaskan bahawa perkara tersebut tidak boleh dilakukan terhadap mana-mana wanita yang bercerai talak satu atau dua dan masih di dalam tempoh edah.

    Sebab masa dalam edah bagi talak satu dan dua dia masih hak suami.

    Allah sebut dalam Ayat 228, Surah Al-Baqarah: ‘Suami bagi perempuan yang diceraikan talak satu dan dua lebih berhak untuk dia kembali kalau mereka nak.’

    Tak boleh meminang secara terang-terangan atau berkias, hukumnya haram. Dilarang dalam Islam.

    Tak boleh buat konten atau bercakap di kedai kopi atau dalam video seolah-olah nak Nora. Selagi mana belum habis edah. Sepakat ulama tak bagi benda ini, empat mazhab dengan ulamak-ulamak lain.

    Bagaimanapun, ada perbezaan bagi wanita yang bercerai talak tiga atau kematian suami.

    Dia berbeza dengan cerai talak tiga atau kematian suami, dia boleh berkias tapi tak boleh berterus terang.

    Bukan isu dengan Nora sahaja, isu lain juga. Bila bercerai bagi hint, hint tu berkias la nak kahwin dengan orang itu sedangkan dia masih dalam edah bagi talak satu dan dua.

    Sekadar info, Nora dan bekas suaminya Nedim Nazri bercerai pada 19 Jun lalu ia susulan pendedahan aktres tersebut berkenaan rumah tangga yang dibina sejak 2017 sedang bergolak.

    ALSO READ:  Zulin Aziz Tak Gemar Dianggap Badan Berisi Sebab Gemuk – ‘Kalau Cakap Saya Pregnant, Okay Lagi’

    Namun, aktres berusia 42 tahun itu memaklumkan bahawa dia sedang berusaha sedaya upaya untuk menangani situasi yang berlaku dengan sebaik mungkin agar tidak terjadi perkara negatif yang boleh memberi kesan kepada anak.

    Untuk info, Nora dan Nedim mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2017 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan anak lelaki, Mohamed Neqayl yang berusia enam tahun.

    Nora juga pernah berkahwin dengan Datuk Rizal Ashram Ramli atau Jejai pada 2006 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Putra Rayqal, 15, sebelum bercerai pada 2008.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts