Pelawak dan usahawan, Shuib bersama isterinya, Watie Hanifiah meraikan ulang tahun pertama perkahwinan mereka dengan membawa anak-anak bercuti di sebuah pulau di Terengganu.
Bercuti dengan anak-anak
View this post on Instagram
Menerusi video yang dikongsikan di Instagram, Watie atau Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 35, berkata dia dan Shuib membuat keputusan untuk membawa anak-anak bercuti bersama kerana bimbang jika hanya pergi berdua, mereka akan menghabiskan masa di bilik hotel sahaja.
Kenapa kita bawa anak-anak bersama sebab bahaya pergi berdua. Kita akan terkurung di dalam bilik tak keluar-keluar. Jadi penyelesaiannya adalah bawalah anak-anak sekali.
Sementara itu, turut kelihatan wajah gembira Uwais, Talita dan Matin yang berada di lapangan terbang menunggu penerbangan mereka.
Di Instagram Story (IG Story), Watie sempat merekod momen ketiga-tiga anaknya itu meluangkan masa bersama dengan menyanyi dan bermain gitar di ruang tamu rumah penginapan yang disewa.
Untuk rekod, Shuib atau Shahmira Muhamad, 40, mendirikan rumah tangga dengan Watie pada 23 Jun 2023.
Sebelum itu, Shuib pernah berkahwin dengan Allahyarham Siti Sarah namun penyanyi berkenaan meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 12, Dzahira Talita Zahra, 10, Ariq Matin, 7, dan Ayash Affan, 3 tahun.