Siapa yang tidak mengenali kumpulan kpop wanita yang ternama iaitu Blackpink. Tidak kira usia, pangkat atau negara mana anda berada jika ditanya mengenai kumpulan ini pasti ramai mengetahuinya.
Kumpulan Blackpink merupakan kumpulan kpop idol yang berasal dari Korea Selatan dan mempunyai 4 orang ahli kumpulan iaitu Lisa, Jisoo, Jennie, dan Rose. Blackpink mempunyai kelab peminatnya yang tersendiri diberi nama Blink yang sentiasa menyokong mereka di dalam industri muzik.
“Kesemua Ahli Menerima Penghargaan Kehormatan MBE”
Baru-baru ini, tular di laman twitter X milik @RoyalFamily yang memberitahu bahawa kumpulan idol kpop wanita yangberasal dari Korea Selatan iaitu Blackpink telah menerima Penghargaan Kehormatan MBE dari Raja Charles lll di Istana Buckingham, London United Kingdom.
Video yang berdurasi 35 saat itu, menunjukkan kesemua ahli kumpulan Blackpink iaitu Rose, Jisoo, Jennie dan Lisa yang memakai pakaian yang formal, bersalaman dan menerima pingat berkenaan dari Raja Charles lll.
The King, joined by The President and First Lady of the Republic of Korea, has welcomed @BLACKPINK to Buckingham Palace, as they are awarded Honorary MBEs. 🎖️
The K-Pop band have been awarded the honours in recognition of their role as Advocates for the COP26 Summit in Glasgow. pic.twitter.com/8xeD4zWP3J— The Royal Family (@RoyalFamily) November 22, 2023
Dikatakan, mereka menerima anugerah berkenaan kerana melakukan persembahan di KTT COP26 di Glasgow, Scotland. Penghargaan Kehormatan MBE ini, selalunya diberikan kepada seorang ada beberapa individu dalam masa yang sama oleh Raja atau Ratu British atas pencapaian mereka.
Selain itu, terdahulu beberapa selebriti yang terkenal juga menerima pingat yang sama iaitu Adele, Steven Gerrard, Ed Sheeran dan ramai lagi. Peminat Blackpink juga berharap, dengan mendapat pingat ini, sedikit sebanyak dapat menaikkan semangat Blackpink untuk terus menghasilkan karya yang berkualiti buat peminat-peminat setianya.
Apa kata anda?