Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Wednesday, December 25, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Boleh Ke Tanam Jenazah Jauh Daripada Kubur Lain? Ini Penjelasan Ustaz...

    [VIDEO] Boleh Ke Tanam Jenazah Jauh Daripada Kubur Lain? Ini Penjelasan Ustaz Azhar Idrus

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus (UAI) tampil menjelaskan hukum menanam jenazah jauh daripada kubur orang lain selepas diajukan soalan tersebut oleh salah seorang jemaahnya, baru-baru ini.

    Tengok pada Ijtihad

    @bacalahhub Tengok sampai habis ye.. #ustazazharidrus #fyp #ilmuagama #islam #bacalahhub #ceramahislam ? War Worship – Spiritual Warfare Music Epic

    Menerusi video dimuat naik @bacalahhub, UAI menjelaskan bahawa setiap apa yang dilakukan itu perlulah mengikut ijtihad (kajian serta persetujuan) para ulamak dan majlis agama sesebuah Negeri.

    Menurut UAI, jika terdapat terdapat kesimpulan yang sah membabitkan hal ehwal agama, maka perkara tersebut sah untuk dilakukan.

    Dia tengok pada ijtihad, apa tujuan (berbuat demikian). Jika dilihat ada maslahah pada fatwanya maka sah fatwa tersebut.

    Contoh, di dalam kitab-kitab Fiqah besar kita akan jumpa fatwa-fatwa tentang dijarakkan kubur orang yang niat untuk membunuh diri.

    Benda ini biasa tapi kita sebagai netizen jahil. Bila dengar perkara seperti itu kita akan rasa pelik.

    Tapi bila kita mengaji (ada ilmu) benda itu tidak pelik pun. Saya tak pelik pun dengar, itu semua ijtihad. Tapi bila niat untuk mengaibkan, itu tidak boleh.

    Tambah UAI, Nabi Muhammad SAW pernah bertindak untuk tidak mahu menyembahyangkan jenazah yang mempunyai hutang kerana mahu memberikan pengajaran buat mereka yang masih hidup.

    Sebab itu pada zaman Nabi Muhammad SAW dipanggil untuk sembahyangkan jenazah, Nabi akan tanya jenazah itu ada hutang atau tidak?

    Kalau ada hutang Nabi tak nak solat ke atas jenazah tersebut. Kalau berlaku zaman sekarang? Habis Nabi kena hentam dengan netizen.

    Tapi baginda benarkan sahabat untuk solat ke atas jenazah tersebut.  Kerana apa Nabi buat macam itu? Kerana nak bagi orang yang masih hidup berasa insaf dan jangan buat perangai macam jenazah itu.

    Terdahulu, jenazah suspek yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram hingga menyebabkan dua anggota polis terbunuh dikebumikan berjauhan dari kubur orang awam yang lain.

    ALSO READ:  ‘Filem Di Negara Kita Semakin Hari Ada Penambahbaikan’ – Fattah Amin

    Keputusan itu diputuskan Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang dilakukan melalui hasil Mesyuarat Khas Jawatankuasa Fatwa dengan dipengerusikan Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad.

    Jawatankuasa fatwa berpendapat tindakan itu dilakukan sebagai satu peringatan kepada masyarakat agar tidak terlibat atau melakukan perkara yang dilakukan suspek.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts