Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment “Botol Susu Anak Tidak Dilupakan Ya..”-Datin Alyah

    [VIDEO] “Botol Susu Anak Tidak Dilupakan Ya..”-Datin Alyah

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Penyanyi, Datin Alyah mendedahkan sisi penyayang suaminya komposer terkenal, Datuk Ramli MS yang dikenali ramai dengan sikapnya yang tegas namun berubah menjadi seorang bapa yang penyayang ketika bersama anak angkat mereka, iaitu Nur Izzara.

    Menerusi satu hantaran dimuatnaik di Instagram, Alyah berkongsi video gelagat Ramli yang tekun membuat persiapan untuk konsert yang akan berlangsung tidak lama lagi, namun tetap menjalankan tanggungjawab dengan menyediakan susu buat Izzara yang nyenyak tidur.

    “Jiwa bapa-bapa sebenar. Sesambil tulis taugeh-taugeh untuk konsert Dato M Nasir. Botol susu anak tidak dilupakan ya 🤪.

    Tadi dah pesan dah jangan lupa buatkan susu Zara 🤣.”-kongsi Alyah di Instagram

    View this post on Instagram

    A post shared by Alyah Abu Hasan (@alyah81)

    “Dalam Hati Ada Taman…”

    Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap Tok Ram, malah ada yang tidak menyangka komposer terkenal ini boleh menjaga anak kecil.

    “Kena buat satu lagu untuk Zara Tok Ram. Datin nyanyikan ❤️.”

    “D luaran nampak garang tapi sebenarnya Tok Ram berjiwa penyayang. Moga Tok Ram, Datin serta baby hidup bahagia serta sihat-sihat selalu.”

    “Ni la sisi lain Tok Ram, seorang komposer yang muka nampak garang tapi rupanya seorang yang penyayang dan boleh jaga baby jugak.”

    “Baru nak tanya  kenapa sebelah Tok ada susu tepung 😂.”

    “Dalam hati ada taman, walaupun nampak garang.”

    Apa komen anda?



    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts