Seorang pempengaruh TikTok yang dikenali sebagai Pok Teh, menyifatkan tindakan Fattah Amin menolak komisen hasil jualan kambing perap Pak Mat Western sebagai langkah yang kurang bijak.
Bro, kau ni biar betul?
Menurut Pok Teh, dia tidak sangka ada orang seperti Fattah yang melakukan pekerjaan tetapi tidak mengambil sebarang pendapatan.
Dalam keadaan dia tengah ada masalah rumah tangga, dia boleh tolak income RM90,000. Bro, kau ni biar betul? Jarang orang tengah down boleh tolak bulat-bulat. Macam kau ni bukannya level T20. Nak kira kau dengan aku, level kau bawah sikit daripada aku ni atas sikit.
Tapi aku tak tolak income masuk, penat kita bekerja, hasil titik peluh. Jadi, kena terima juga walaupun RM1,000 ke, RM2,000 ke, apatah lagi RM90,000.
Ujar Pok Teh, Fattah sekurang-kurang perlu mengambil sedikit wang komisen tersebut kerana itu hasil titik peluhnya.
Fattah Amin, kau ni tak ada akal ke? Aku nak menasihatkan pun, kau dengan aku siapa? Aku pun tak kenal kau. Kalau kira rupa, aku lagi handsome daripada kau. Cuma gigi aku je rongak sikit. Tapi kalau aku pakai braces, gigi aku okay, memang kau ketinggalan jauh.
Macam ni lah, kalau rasa kau tak boleh terima income, kau tak payah buat kerja.
Kesian kau dah penat-penat bekerja, orang bayar gaji kau tolak. Aku malas masuk campur hal rumah tangga kau, tapi kalau kau single aku boleh recommend. Bunga bukan sekuntum. Jangan sedih. Semoga kau terus sukses.
Dengar sampai habis
Menjengah di ruangan komen, kebanyakan warganet tidak bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Pok Teh terhadap aktor tersebut. Namun begitu, masih ada segelintir netizen berpendapat mungkin ada maksud yang tersirat yang mahu disampaikan oleh Pok Teh menerusi kenyataan itu.
Video
@pokteh_racing3 #fyp #fyp #fyp
? bunyi asal – POKTEH_racing – POKTEH_racing