Pempengaruh media sosial, Sajat dilihat memberi kata-kata semangat dan nasihat buat aktres Bella Astillah susulan kemelut rumah tangga yang dihadapi oleh wanita itu sejak kebelakangan ini.
Fokus besarkan anak-anak
Menurut Sajat, Bella masih lagi muda dan cantik. Oleh sebab itu, ibu kepada dua orang cahaya mata ini perlu ‘move on’ dan mencari kebahagiaan bersama anak-anak.
Tambah Sajat, ada kalanya lebih baik hidup sendiri daripada disakiti sentiasa.
Buat apa cinta tu, kalau cinta tu buat kita jadi sakit. Cinta boleh buat kita musnah. Cinta boleh buat kita gila. Cinta boleh buat kita terpesong. Tak perlu. Buang cinta itu. Anak-anak kan ada. Keluarkan sayang itu pada anak-anak. Masak untuk anak. Kemas tempat tidur untuk anak. Bekerja untuk anak. Anak nanti besar dia akan ingat jasa kita sebagai seorang ibu.
Adik Bella ‘move on’ sajalah. Buang je. Adik Bella pun lawa lagi. Cantik dan manis lagi. Banyak lagi. Kalau tak kahwin selepas ini, tak apa. Besarkan anak tak ralat pun. Lebih baik kita single. Single lebih freedom. Nak pergi sana sini hati tak sakit. Sebab selama ni bercinta bertahun-tahun tak pernah dihargai. Tak pernah rasa cinta. Kita ingat kita dapat seseorang itu boleh rasa cinta, dapat tengok sakit kita. Ini menyakitkan lagi hati kita. Buat apa ada cinta kalau buat kita sakit.
Video
@official Replying to @As yunos Sajat bersajak ke tu? ? # #sembangentertainment #pesan #cinta #buat #bellaastillah
? original sound – OHBULAN! – OHBULAN!