Di Instagram Story, pelakon Janna Nick memuat naik satu video di mana dia mahu membuat cekodok pisang ketika berada di London, United Kingdom.
Buat cekodok pisang
Menerusi video yang dimuat naik, Janna dilihat menuangkan air berwarna perang ke dalam adunan tepung dan pisang yang telah disediakan olehnya.
Video tersebut juga berjaya mencuri tumpuan netizen apabila mereka mula mempersoalkan mengenai air berwarna perang yang dimasukkan ke dalam adunan itu.
Menurut Janna, bahan yang digunakan pada waktu itu merupakan air gula perang yang dicampur dengan secubit garam.
Sebab ramai yang tanya air perang tu bukan air kaki, air janggut. Itu brown sugar mix secubit garam.