Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, December 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Buat Konten Rapatkan Muka Di Skrin, Influencer Muslimah Mohon Maaf –...

    [VIDEO] Buat Konten Rapatkan Muka Di Skrin, Influencer Muslimah Mohon Maaf – ‘Saya Akan Perbaiki Suara & Ekspresi Muka’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Influencer muslimah yang dikenali sebagai Fatin Nabila membuat permohonan maaf susulan video nasihatnya yang mendekatkan wajah di skrin telefon menjadi perhatian ramai di TikTok.

    Mohon maaf

    @fatinnnabila1Bismillah.? original sound – Fatin Nabila Ahmad Zainuddin

    Menerusi hantaran terbaharu, Fatin menjelaskan bahawa tujuan dirinya melakukan video tersebut hanyalah untuk menyampaikan mesej kepada orang luar untuk tidak membandingkan diri mereka dengan orang lain.

    Walau bagaimanapun, Fatin mengakui kekhilafannya serta mengakui cara yang digunakannya melalui hantaran video tersebut adalah sangat tidak sesuai bagi seorang wanita Muslim.

    Dengan izin Allah, saya nak maklumkan bahawa niat saya buat video itu cuma satu saja iaitu saya nak sampaikan mesej supaya jangan pernah bandingkan diri kita dengan orang lain.

    Namun saya sedar, penyampaian saya dalam mesej itu agak salah dan tidak sesuai dari segi suara dan muka yang betul-betul dekat dengan skrin.

    Jadi dengan rendah dirinya, saya memohon maaf atas kesilapan yang telah saya lakukan dan banyak sangat yang saya belajar daripada isu ini.

    Dalam pada itu, pempengaruh muslimah ini memaklumkan bahawa dia akan berusaha sedaya upaya untuk memperbaiki kualiti dan akan lebih berhati-hati dalam memuat naik mana-mana video selepas ini.

    Fatin juga menitipkan ucapan terima kasih buat semua orang yang telah menegur kesilapannya dan akan mengambil iktibar daripada kontroversi yang melandanya ketika ini.

    Untuk akan datang saya akan hasilkan kualiti video yang lebih baik dan sesuai. Banyak sangat yang saya belajar daripada kejadian ini.

    Sebagai seorang muslim, saya akan lebih teliti dalam proses sebelum memuat naik sebarang video di media sosial, insya-Allah.

    Terima kasih saya ucapkan atas segala komen yang positif mahupun negatif sebab dari situ saya belajar banyak perkara.

    Saya akan terus memperbaiki diri dengan bimbingan asatizah dan korang semua.

    Terdahulu, video nasihat yang dimuat naik Fatin itu mendapat reaksi pelbagai daripada netizen termasuklah pendakwah terkenal, Ustazah Asma’ Harun.

    ALSO READ:  Ini Cara Mudah Untuk Pastikan Anak-Anak Dapat Lanjutkan Pelajaran Tanpa Bebanan Hutang

    Menurut Ustazah Asma’, cara yang digunakan Fatin tidak sesuai kerana boleh mengundang pelbagai kesan negatif orang ramai sehinggakan boleh dijadikan sebagai konten ‘soft porn’.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts