Baru-baru ini tular di media sosial memaparkan seorang kanak-kanak perempuan dipercayai sudah menjadi tunangan orang.
Baru usia 7 tahun dan jadi tunangan orang
@ahmadsyahierzaien Kelihatannya bahagia banget adek ini, ya mungkin kerana gak faham apa itu tunangan.. Tapi saya respected kepada kedua keluarga.. Semoga ditakdirkan berjodoh dunia akhirat.. #pulau_madura ? suara asli – ???? ???? ??? ???
Menerusi video tular itu memaparkan kanak-kanak itu yang memakai persalinan berwarna hijau hanya mendiamkan diri dan bersalaman dengan para tetamu ketika majlis pertunangan berlangsung di Desa Banjar Tabuluh, Kecamatan Camplong, Madura, Jawa Timur.
Difahamkan, kanak-kanak perempuan itu bukanlah berusia 4 tahun seperti yang didakwa sebaliknya berusia 7 tahun dan pertunangan itu berlangsung selepas kedua-dua keluarga bernazar ketika berada di Tanah Suci, Makkah.
Majlis pertunangan itu pada awalnya hanya dilangsungkan antara keluarga sahaja namun nenek kepada kanak-kanak lelaki itu meminta agar majlis tersebut dilakukan secara besar-besaran selain menjemput ramai tetamu.
Kerana sudah menjadi nazar yang harus ditunaikan, keluarga sepakat untuk mengadakan pertunangan, untuk mengikat tali keluarga agar tidak hilang.
Sementara, ibu kanak-kanak perempuan, Haja Zainab, menegaskan bahawa majlis tunangan itu bukanlah bertujuan untuk mempercepatkan pernikahan anaknya sebaliknya kedua keluarga sudah bersepakat menikahkan keduanya setelah mereka bersedia kelak.