Jarang berlaku, baru-baru ini Hyun Bin muncul dalam sebuah rancangan temu bual, berkongsi cerita yang menyentuh hati tentang keluarga terutamnya mengenai anak dan isterinya, Son Ye Jin.
Dalam rancangan ‘You Quiz On The Block’, Hyun Bin berkongsi anekdot tentang isteri dan anaknya yang kini berusia 2 tahun. Pelakon itu tidak dapat menyembunyikan rasa bangga dan cintanya terhadap keluarga ketika bercakap tentang pencapaian anak.
View this post on Instagram
“Anak saya baru sahaja berusia 2 tahun. Isteri saya ingin dia mengikuti wajahnya, dan saya pula sudah semestinya berharap dia mengikuti saya.”
Pada masa yang sama, Hyun Bin juga meluangkan masa menyatakan rasa terima kasihnya kepada Son Ye Jin, dengan penuh kasih memanggilnya dengan panggilan “sayang”.
View this post on Instagram
“Sayang, untuk semua yang awak lakukan untuk saya, saya menghormati awak dan saya sangat berterima kasih/”
Kemunculannya dalam rancangan ini telah mencetuskan keterujaan dalam kalangan peminat kerana ia menandakan kembalinya Hyun Bin ke rancangan realiti selepas lebih sedekad.
Sekadar info, sebelum ini Son Ye Jin juga pernah muncul di rancangan “You Quiz On The Block”, di mana dia bercakap tentang suaminya sambil merujuk Hyun Bin sebagai cinta pertamanya.