Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Wednesday, September 18, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment “Bukan Aku Ya Datuk Seri Nak Saman…”-Wak Doyok

    [VIDEO] “Bukan Aku Ya Datuk Seri Nak Saman…”-Wak Doyok

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Ikon fesyen terkenal, Wak Doyok tampil bersemuka dengan usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri selepas namanya dipetik netizen di media sosial sebagai individu yang mempunyai hutang dengan usahawan berkenaan.

    Wak Doyok atau nama sebenarnya Mohd Azwan Md Nor menerusi hantaran di Instagram, menitipkan rasa syukur apabila salah faham yang berlaku di antara mereka telah selesai.

    “Alhamdulillah settle salah faham di media sosial.

    Bukan aku ya Datuk Seri nak saman.”-kapsyen Wak Doyok di Instagram

    View this post on Instagram

    A post shared by Wak Doyok (@wakdoyok)

    Malu Aku Aliff, Semua Wartawan Cari Aku…”

    Tambahnya lagi, Wak Doyok turut memuatnaik videonya sedang bersalaman dengan Alif sambil meluahkan rasa malunya setelah dituduh mempunyai hutang dengan Aliff Syukri.

    “Malu aku Aliff, semua wartawan cari aku, Bukan aku sorang sahaja ikon fesyen, ramai lagi.”-kata Wak Doyok kepada Aliff


    Dalam pada itu, Aliff sempat menjelaskan bahawa ramai pihak yang salah tafsir terhadap kenyataannya itu serta menjelaskan bahawa ikon fesyen yang dimaksudkan adalah seorang wanita dan bukannya lelaki.

    “Sebenarnya ramai orang salah tafsir, yang saya cerita tu ikon fesyen perempuan.”-kata Aliff

    Datuk Seri Aliff Syukri sebelum ini pernah membuat pendedahan mengenai bapa kepada seorang ikon fesyen didakwa mempunyai hutang dengannya sebanyak puluhan juta ringgit.

    Aliff juga menegaskan bahawa dia bakal mengambil tindakan sekiranya pihak terlibat tidak menyelesaikan hutangnya itu.

    Apa komen anda?



    Related articles

    Follow Us

    20,255FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts