Jumaat lalu negara dikejutkan dengan berita kematian seorang pelajar lelaki Kolej Vokasional di Lahad Datu, Sabah yang ditemui meninggal dunia didakwa akibat dibelasah rakan-rakannya.
Nasihat untuk anak muda
Terkesan dengan insiden tersebut, personaliti media sosial Caprice meluahkan rasa kesal dengan tindakan beberapa orang remaja yang didakwa melakukan perkara itu terhadap mangsa Muhd Nazmie Aizat Muhd Narul Azwan, 17.
Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli kecewa dengan sikap generasi muda yang masih melakukan perbuatan buli.
Ramai yang DM saya dan minta saya cakap tentang perkara ini.
Wahai anak muda, bilalah korang nak sedar? Nak jadi paling ‘kapla’, paling samseng dan paling ada geng.
Dalam hidup ini tak ada gunanya nak jadi samseng, join geng atau pun kongsi gelap. Apa korang dapat kalau ada geng?
Kalau setakat nak jadi ‘abang’, nak jadi samseng untuk pau duit rokok daripada adik-adik atau nak belanja makan, tu bukan samseng tu namanya kau miskin. Bukan miskin poket sahaja tapi miskin dekat sini (akal).
Sementara itu, Caprice meminta agar pihak berkuasa memberi hukuman dan pengajaran yang setimpal supaya para remaja sedar serta mengambil iktibar daripada kejadian itu.
Kepada pihak berkuasa letak je budak-budak bengap ni lama sikit dalam tahanan reman.
Suatu hari saya harap pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) beri kebenaran untuk merakam situasi dan suasana dalam balai.
Bila kena reman, tunjuk tandas, berapa ramai dalam satu bilik dan cara mereka makan untuk beri kesedaran kepada anak-anak muda yang bengap ni.
Dalam perkembangan terkini kes, perselisihan faham tentang sejumlah wang RM35 dan RM50 yang hilang dipercayai menjadi punca kepada insiden tersebut.
Difahamkan ketika ini pihak polis sedang menunggu laporan penuh bedah siasat mangsa untuk mengenal pasti punca sebenar kematiannya.
Terdahulu, pegawai perubatan dari Hospital Lahad Datu mengesahkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian. Hasil pemeriksaan mendapati terdapat kesan kecederaan dan lebam di beberapa bahagian tubuh mangsa.
Susulan itu, seramai 13 pelajar lelaki berusia 16 dan 19 tahun ditahan. Kes kemudian disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
@capricepodcast salam takziah kepada keluarga mangsa #capricepodcast #loyalprimus #fyp #xtra #pmx
? Spooky, quiet, scary atmosphere piano songs – Skittlegirl Sound