Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Cara Shukri Yahaya Makan Cetus Perhatian Ramai-“Sampai Terangkat Misai Dia!”

    [VIDEO] Cara Shukri Yahaya Makan Cetus Perhatian Ramai-“Sampai Terangkat Misai Dia!”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Mohd Shukri bin Yahaya atau lebih dikenali sebagai Shukri Yahaya merupakan seorang pelakon dan pengarah lelaki Malaysia yang hebat. Beliau memulakan kerjaya lakonannya pada tahun 2011 setelah bakatnya dicungkil oleh pengarah Osman Ali menerusi filem Jiwa Taiko. Setiap lakonannya pasti akan hidup tidak kira sama ada watak baik, jahat, gila, lembut dan sebagainya.

    Drama 7 hari mencintaiku merupakan drama lakonan beliau yang menjadi fenomena. Tidak hanya di Malaysia, malah drama tersebut terkenal juga di Indonesia, Korea, China, Turkiye dan lain-lain.

    “Tak Sangka, Dia Lawak Jugak Orangnya”

    Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @ferrykarisma yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan mendapat jumlah tontonan sebanyak 178 ribu, tanda suka sebanyak 4262 dan sebanyak 72 komen.

    Di dalam video berkenaan, memaparkan cara Shukri Yahaya untuk memakan roti bersama kacang pol tanpa mencemarkan misainya itu.

    Apa-apa pun, itu hanyalah hiburan di set penggambaran untuk meriahkan suasana sahaja. Semoga kita semua peroleh keberkatan hidup di dunia dan di akhirat.

    Apa kata anda?

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts