Pelakon Chacha Maembong akui dakwaan mengenai kandungan kakaknya, Emma Maembong gugur adalah fitnah semata.
Khabar angin Emma gugur
Ketika ditemui , Chacha atau nama sebenarnya Siti Aishah Ismail menegaskan tidak mengetahui sebarang khabar angin yang melanda Emma.
Ujarnya, segala yang dilakukan Emma pasti diketahui ahli keluarga.
Tentang hantaran semua itu saya tak tahu sebab tak tengok media sosial pihak sana.
Saya kasihan dekat kakak saya, dia baru nak bangkit.
Setiap orang ada dugaan masing-masing.
Mungkin orang dekat luar sana ada yang benci dan dengki, lagi-lagi bila Emma sudah berstatus janda.
Chacha berkata demikian ketika ditemui di Tayangan Perdana filem Limbungan: Tragedi Hitam 1975 yang berlangsung di Starling Mall, pada Isnin.
Tak suka perhatian
Menjawab pertanyaan mengenai keadaan Emma, Chacha berkata bahawa kakaknya itu lebih selesa mendiamkan diri kerana tidak gemarkan perhatian.
Tiada motif nak keluarkan kenyataan sebab kami tak suka perhatian.
Jadi, untuk apa berbalas sedangkan perkara itu tidak betul.
Kami memilih untuk abaikan saja.
Kalau kami pertahankan diri, orang akan kata kami buat drama.
Dalam pada itu, Chacha berkata, dia hanya mampu menjadi sistem sokongan dan pelindung atas segala fitnah yang menimpa Emma.
Sebelum ini, Emma atau nama lengkapnya Fatimah Rohani Ismail dikaitkan dengan seorang deejay yang dikenali sebagai DJ Kidd dan didakwa sudah mendirikan rumah tangga bersama.