Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Chacha Maembong Tak Rapat Dengan Ruhainies, Pelik Nama Kena Petik Isu...

    [VIDEO] Chacha Maembong Tak Rapat Dengan Ruhainies, Pelik Nama Kena Petik Isu Bella Astillah – ‘Saya Tak Kacau Tepi Kain Orang’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    chachachacha

    Tak ada angin tak ada ribut, tiba-tiba pasangan adik beradik Emma Maembong dan Chacha Maembong didakwa turut terlibat dalam kemelut rumah tangga pelakon Aliff Aziz dan Bella Astillah.

    Artikel Berkiatan: Emma Maembong Mengaku Diri ‘Kepochi’ Menyibuk Isu Bella Astillah – ‘Saya Voice Note Ruhainies, Tanya Khabar Angin Betul Tak’

    Tak pernah rapat

    chachachacha

    Susulan itu, Chacha memuat naik video di Instagram (IG) bagi menjelaskan keadaan yang sebenar.

    Menurut Chacha, dia dan Ruhaines tidak pernah berhubung rapat dan hubungan mereka hanyalah sekadar rakan seindustri.

    Saya tak rapat pun dengan Ruhaines tu, tak pernah keluar makan, telefon atau WhatsApp. Saya pernah berkerja dengan dia itu pun sekali sahaja, satu drama dan bila dekat event hi hi bye bye.

    Chacha kemudian menceritakan tentang situasi yang berlaku pada ketika itu selepas terkejut namanya dan Emma muncul di dalam tangkap layar perbualan WhatsApp antara Ruhaines dan Aliff.

    Mereka tengah video call dan tiba-tiba beri kepada saya. Bukan saya yang nak cakap dengan dia.

    Saya tak nak tahu pun pasal gosip-gosip korang, yang saya tahu adalah di media sosial sahaja, yang dalam-dalam saya memang tak nak tahu. Saya bagitahu Ruhaines macam tu, saya tak amik port pasal dia orang.

    Ya, saya ada jumpa Bella dekat satu acara dan saya nampak memang dia macam ada masalah. Itu sahaja.

    Tiba-tiba keluar kenyataan dan semua tu saya tak cakap pun. Saya agak pelik, dalam screenshoot tu kenapa timbul nama saya sedangkan saya tak ada kena mengena. 

    Hubungi Ruhaines

     

    View this post on Instagram

    A post shared by Chacha Maembong (@chacha_maembong)

    Tidak berdiam diri, pemilik nama sebenar Siti Aisyah Rohani Ismail itu kemudian menghubungi Ruhaines namun tidak semua pertanyaannya dibalas.

    ALSO READ:  Usahawan Dessert Mohon Netizen Tak Boikot & Kecam Peniaga Lain Yang Didakwa Tiru Produk – ‘Sokong Satu Sama Lain, Semua Cari Rezeki’

    Walau bagaimanapun, aktres berusia 27 tahun itu memohon maaf atas segala yang berlaku namun tetap tegas dengan pendiriannya bahawa dia tidak pernah masuk campur dalam urusan rumah tangga pasangan pelakon tersebut.

    Saya minta maaf tapi saya tak ada kena mengena. Saya tak pernah pun contact, saya tak pernah pun lepak atau nak tanya. Saya dalam dunia saya sahaja.

    Itu sahajalah kenyataan yang boleh saya bagi. Itu semua tidak betul, saya harap korang semua faham apa yang saya cuba sampaikan dan saya tak kacau tepi kain orang.

    Ini adalah situasi yang sebenar, kalau tak percaya saya tak boleh nak buat apa.

    Semalam, seorang wanita yang dikaitkan dengan Aliff iaitu Sarah Yasmine sekali lagi memuat naik beberapa bukti perbualan yang dipercayai antara aktor itu dengan Ruhaines

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts