Aktres jelita Rozita Che Wan mengakui wujudnya isu buli semasa di set penggambaran, malah dia juga pernah mengalaminya.
Buli di set penggambaran
@sinarplus Rozita Che Wan mengaku pernah dibuli ketika di set pengambaraan. Bahkan aktiviti tidak bermoral itu memang wujud lebih-lebih lagi kepada pelakon baharu nak meningkat naik. Akui anak kelahiran Kedah itu, mereka ( pelakon baharu) bukannya ‘lembik’, tetapi terkejut dengan budaya tidak sihat itu wujud dalam kalangan artis. Sama-sama kita hentikan budaya buli. pelakon artismalaysia setpenggambaran dibuli rozitachewan cheta sinarplus lifestylesinarharian
? original sound – SinarPlus – SinarPlus
Menerusi temu bual bersama Sinar Plus, Rozita atau mesra disapa Che Ta berkata, tindakan buli bukan sahaja dilakukan oleh artis berpengalaman namun ada juga yang melibatkan team produksi di set penggambaran.
Kisah buli dalam kalangan artis memang ada, ini saya sendiri alami sendiri.
Kalau kita bukan siapa-siapa, orang biasa pergi berlakon, jadi dekat set penggambaran memang kena buli.
Dari bawah sampai ke atas, dari make up artis sampailah ke pengarah. Jadi, saya tidak nafikan.
Menurut Che Ta, rata-rata pendatang baru belum mengetahui selok-belok dunia lakonan.
Bukan lembik atau tidak ‘tough’, tidak. Tetapi kita baru nak berlakon, tak tahu lagi tentang perjalanan dalam industri.
Tapi dah kena maki itu dan ini. Bukanlah menangis tetapi tertanya-tanya, pekerjaan sebagai seorang artis memang macam ini ke?
Pengalaman sendiri
Bercerita lanjut, pelakon berusia 51 tahun itu mendedahkan dia sendiri pernah dibuli oleh seorang jurusolek sehingga memberi kesan kepada fizikalnya.
Saya sendiri merasinya, ketika itu saya sedang shooting bersama Azhan Rani. Jurusolek ambil bedak kemudian dia letakkan ke muka saya sehingga bedak masuk ke dalam mata.
Mata saya jadi merah menyala dan tak boleh teruskan penggambaran.
Dia malas nak layan artis baru, tambah lagi kalau artis itu tidak popular dan berlakon dalam kalangan artis popular. Kita pula jadi pelakon utama tetapi mereka hanya watak pembantu.
Terdahulu, isu buli timbul apabila terdapat dakwaan daripada pendatang baharu yang mendakwa budaya tidak sihat itu wujud dalam kalangan pelakon senior.