Rozita Abu bakar atau lebih dikenali sebagai Rozita Che Wan atau Che Ta, merupakan seorang pelakon, pengacara dan penerbit di Malaysia. Che Ta cukup terkenal dalam drama bersiri Komedi ‘Kiah Perkasam’ yang pernah menjadi fenomena suatu ketika dahulu.
Che Ta kini sering aktif di media sosial miliknya terutamanya mengenai perniagaan serta mengenai gelagat lucu anak daranya iaitu Aaisyah Dhia Rana. Aaisyah sering mendapat perhatian ramai kerana bukan sahaja dia merupakan anak kepada selebriti malah kerana rupa parasnya yang menawan serta perangainya yang masuk air.
“Amboihh, Tang Mana Yang Sama Tu?”
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik Che Ta yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan kini meraih jumlah tontonan sebanyak 750 ribu, tanda suka sebanyak 17 ribu dan sebanyak 1042 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Che Ta menanyakan kepada netizen bahagian manakah yang sama dengan Sajat dan Dato Seri Vida kerana sering mendapat komen yang sebegitu.
“Amboi, tengok video kami tak make up tergamak kata muka kami macam Dato Vida”
“umur tak sama, tinggi berat tak sama, bentuk muka tak sama, hidung tak sama, mata tak sama, tang mana yang hampa kata sama sangat tu”
“Kami nak hampa komen tang mana muka kami yang sama macam Sajat dan Dato Seri Vida”-kata Che Ta
@rozitachewan1 Cer komen sat tang mana yg sama sgt tu muka kami dgn dato vida dan jgk sajat😬😜 . Hat nk sama cekang dgn kami , wajib pakai serum dkt muka ! Hat nk rawat kulit tu Wajib Jgk .. tk dak yg sunat kalau nk cantik arghhh gitiew.. . #cheta #rcw #rozitachewan #byrcw #cekangjelita #cekangsampairaya #fyp
Rata-rata netizen terhibur melihat video tersebut. Mereka tetap mengatakan bahawa sememangnya wajah Che Ta mempunyai iras seperti Sajat dan Dato Seri Vida sekiranya tanpa mengenakan sebarang tatarias di wajahnya itu.
Apa-apa pun, semoga kita semua peroleh keberkatan hidup di dunia dan di akhirat. Apa kata anda?