Rozita Abu Bakar atau lebih dikenali sebagai Rozita Che Wan atau Che Ta ialah seorang pelakon, pengacara, dan penerbit di Malaysia. Che Ta cukup terkenal dalam drama bersiri Komedi ‘Kiah Perkasaam’ yang pernah menjadi fenomena suatu ketika dahulu.
Che Ta kini sering aktif di media sosial miliknya terutamanya mengenai perniagaan serta gelagat lucu anaknya, Aaisyah Dhia Rana. Aaisyah sering mendapat perhatian ramai kerana bukan sahaja dia merupakan anak kepada selebriti malah kerana rupa parasnya yang menawan serta perangainya yang masuk air.
“Sedap Mulut Aje Mengata Orang Malaysia”
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial TikTok milik Che Ta yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 328 ribu, tanda suka sebanyak 17 ribu dan sebanyak 671 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Che Ta yang berang mengenai isu yang tular baru-baru ini mengenai ‘makcik Kemboja’ yang mengatakan orang Melayu malas.
“Amboi makcik Kemboja ni datang cari makan dekat Malaysia nak mengata orang Malaysia ni, orang Melayu ni, penyegan amboiiihh”
“Hampa, siapa yang mulut jahat tu tok sah duk support produk depa”
“Kerana mulut badan binasa, cakap siang pandang-pandang, jangan nak suka2 hati nak labelkan prang ikut sedap mulut. kan dah menggelupur”-kata Che Ta
@rozitachewan1 Kerana mulut badan binasa… cakap siang pandang2… jgn nk suka2 hati nak labelkan org ikut sedap mulut… kan dh menggelupur 😬 . Kita seport local k🥰 . Inai cheta 1 kotak 10 ringgit, 4 kotak 11 ringgit ja. Lekaih join LIVE kami 🥰 . #cheta #inai #inaicheta #byrcw #rozitachewan #inaimurah #megasale
Apa-apa pun, ambillah isu yang terjadi ini sebagai iktibar agar perkara sebegini tidak ulang kembali. Semoga kita semua peroleh keberkatan hidup di dunia dan di akhirat.
Apa kata anda?