Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Che Ta Dedah Ayu Raudhah Hamil Anak Ke-7?-“Asal Raya Je Mengandung…”

    [VIDEO] Che Ta Dedah Ayu Raudhah Hamil Anak Ke-7?-“Asal Raya Je Mengandung…”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Perkongsian pempengaruh media sosial, Rosix Omar ketika menghadiri majlis rumah terbuka Aidilfitri pelakon, Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa sebagai Che Ta mencuri perhatian netizen di media sosial.

    Menerusi video yang dimuatnaik di TikTok, turut memaparkan adik beradik Che Ta yang lain iaitu Datin Jaja Che Wan serta Ayu Raudhah yang kelihatan sarat hamil. Dalam pada itu, Che Ta sempat mengusik adiknya, Ayu yang kini sedang hamil cahaya mata ketujuh.

    “Asal raya, mengandung. Asal mengandung je raya. Dia dah nak masuk tujuh anak dah.”-usik Che Ta kepada Ayu

    @rosixomar25

    Citer sini hbs sini! Open house @ROZITA CHE WAN #rosixomar #rozitachewan #openhouse

    ♬ original sound – Rosixomar – Rosixomar

    “Murah Rezeki Sungguh…”

    Di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa terhibur melihat gelagat adik beradik Che Ta yang ‘kuat ketawa’, malah ramai yang menitipkan doa buat Ayu agar dipermudahkan urusan melahirkan anak tidak lama lagi.

    “7 dah anak dia ye, Adoi dulu aku crush giler ke Ayu.”

    “Aku rasa macam baru tengok Ayu Raudhah bersalin. Eh ni ada isi lagi? Murah rezeki sungguh.”

    “Gelak je Ayu Raudhah. Cantik sangat dia dari dulu lagi. Manis.”

    “Selain keluarga Neelofa, keluarga Che Ta juga kuat ketawa.”

    “Weyhh comel gila memasing gelak tutup mulut.”

    Sekadar info, Ayu Raudhah yang juga adik kepada pelakon Rozita Che Wan mendirikan rumah tangga pada Zaquan Adha pada 21 Januari 2011.

    Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan enam cahaya mata iaitu Muhammad Aisy Qaiser, Muhammad Aisy Aryann, Laura Zuleykha, Muhammad Aisy Khaliq, Muhammad Aisy Al Jibreel serta bayi lelaki yang dilahirkan pada Mei 2023.

    ALSO READ:  [VIDEO] Gelagat Dini Schatzmann ‘Mencarut’ Ketika Naik Gelongsor, Undang Reaksi Netizen!-“Terus Lancar Melayu…”

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts