Meskipun berdepan dengan dakwaan isu gagal melunaskan pinjaman daripada Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang berjumlah hampir RM1 juta, namun pelakon Rozita Che Wan masih meneruskan aktiviti perniagaannya.
Terus berniaga
Menerusi sesi siaran langsung di TikTok semalam, Rozita atau mesra disapa Che Ta dilihat sedang mempromosikan pakaian terpakai miliknya dan juga kaftan.
Dalam masa yang sama, suaminya yang juga aktor, Zain Saidin turut membantu.
Sementara itu, berdasarkan tinjauan , jumlah penonton siaran langsung tersebut mencecah lebih 20 ribu orang.
Komen netizen
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi yang diberikan oleh warganet antaranya ada yang mahu menyokong Che Ta dengan membeli pakaian yang dijual.
Namun warganet juga menghujani ruangan tersebut dengan meninggalkan komen ‘MARA’ susulan isu hutang berkenaan.
Terdahulu, kediaman Che Ta di Kota Damansara telah diserbu oleh pihak MARA bagi menilai barangan di dalam rumah terbabit untuk tujuan penyitaan.
Che Ta mahupun suaminya tiada di rumah manakala hanya kelibat ibu pelakon itu sahaja yang kelihatan.
Difahamkan, selepas satu jam serbuan dilakukan, anak sulung pelakon itu iaitu Ammar Effendi tiba di kediaman tersebut.