Setiap ibu bapa memiliki cara tersendiri dalam mendidik dan membentuk anak-anak.
Tidak terkecuali, pelakon dan usahawan Rozita Che Wan yang membesarkan Aaisyah mengikut kemampuan kewangan.
Bukan anak orang kaya
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Rozita atau mesra disapa Che Ta menafikan anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana dilahirkan dalam ‘dulang emas’.
Aaisyah bukanlah anak orang kaya. Dia tidak dilahirkan dalam dulang emas.
Kalau macam saya, saya bukan datang dari orang kaya. Saya nak besarkan Aaisyah dengan cara yang diidamkan oleh semua.
Tapi Zain, dia dari keluarga orang kaya dan ingin cuba cara orang biasa.
Ujarnya, dia dan suami yang juga seorang aktor, Zain Saidin memilih cara yang seimbang dalam membesarkan Aaisyah.
Sekadar info, Che Ta dan Zain mendirikan rumah tangga pada 11 Disember 2013 dan hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan seorang puteri, Aaisyah Dhia Rana pada 1 November 2014.
@mingguanwanita Rozita Che Wan tak mewahkan anak-anak belanja ikut pada bajet yang ada. Malah Che Ta juga memberitahu anaknya Aaisyah bukan dilahirkan dalam ‘dulang emas’, dirinya sendiri sewaktu kecil hidup susah bila berkemampuan tak salah jika nak berbelanja untuk anak-anak. Berbeza dengan suaminya, Zain lebih gemar bawa Aaisyah berbelanja secara sederhana. Jadi seimbang kehidupan anaknya Aaisyah. #mwambiltahu #mingguanwanita #aaisyahdhiarana #rozitachewan #fyp ? original sound – MingguanWanita