Siapa yang tidak mengenali anak kepada pasangan selebriti Malaysia ini, Aaisyah Dhia Rana merupakan anak kepada Zain Saidin dan Rozita Abu bakar atau lebih dikenali sebagai Rozita Che Wan atau Che Ta.
Che Ta merupakan seorang pelakon, pengacara dan penerbit di Malaysia. Che Ta cukup terkenal dalam drama bersiri Komedi ‘Kiah Perkasam’ yang pernah menjadi fenomena suatu ketika dahulu.
Che Ta kini sering aktif di media sosial miliknya terutamanya mengenai perniagaan serta mengenai gelagat lucu anak daranya itu Aaisyah Dhia Rana. Aaisyah sering mendapat perhatian ramai kerana bukan sahaja dia merupakan anak kepada selebriti malah kerana rupa parasnya yang menawan serta perangainya yang masuk air.
“Anak Che Ta Memang Segak Macam Mummy Dia”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik Che Ta yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 30 ribu, tanda suka sebanyak 976 dan sebanyak 38 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Che Ta yang memberitahu bahawa Aaisyah sangat cantik memakai Khimar yang dibelinya di Sabah tempoh hari. Tambah Che Ta lagi, dia menyesal kerana tidak membeli khimar yang berwarna putih kerana sangat elok terletak apabila dipakai.
@rozitachewan1 Salam Arafah #aaisyahdhiarana . Set khimar ni dari @KEN@JELSON
♬ original sound – ROZITA CHE WAN – ROZITA CHE WAN
Rata-rata netizen teruja melihat video berkenaan. Mereka juga mengatakan bahawa Aaisyah sememangnya seorang yang cantik dan pakai apa pun akan kelihatan cantik.
Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?