Suara Malaysia
ADVERTISEMENTShopee SaleShopee Sale
Sunday, July 7, 2024
More
    ADVERTISEMENTShopee Sale
    HomeEntertainment Che Ta Rakam Aaisyah Bersahur Raih Perhatian Ramai!-“Makan Telur Rebus Dengan...

    [VIDEO] Che Ta Rakam Aaisyah Bersahur Raih Perhatian Ramai!-“Makan Telur Rebus Dengan Nasi Putih Ja”

    -

    Shopee CNY Sale

    Siapa yang tidak mengenali anak kepada pasangan selebriti Malaysia ini, Aaisyah Dhia Rana merupakan anak kepada Zain Saidin dan Rozita Abu bakar atau lebih dikenali sebagai Rozita Che Wan atau Che Ta.

    Che Ta merupakan seorang pelakon, pengacara dan penerbit di Malaysia. Che Ta cukup terkenal dalam drama bersiri Komedi ‘Kiah Perkasam’ yang pernah menjadi fenomena suatu ketika dahulu.

    Che Ta kini sering aktif di media sosial miliknya terutamanya mengenai perniagaan serta mengenai gelagat lucu anak daranya itu Aaisyah Dhia Rana. Aaisyah sering mendapat perhatian ramai kerana bukan sahaja dia merupakan anak kepada selebriti malah kerana rupa parasnya yang menawan serta perangainya yang masuk air.

    “Muka Aaisyah Ni Lebih Kepada Mak Cik Nya Iaitu Sasha Saidin”-Netizen

    Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik Che Ta yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 247 ribu, tanda suka sebanyak 5,298 dan sebanyak 26 komen.

    Di dalam video berkenaan, memaparkan Che Ta yang merakam Aaisyah yang sedang makan untuk berpuasa.

    @rozitachewan1

    Salam sahur💋 #aaisyahdhiarana

    ♬ original sound – ROZITA CHE WAN – ROZITA CHE WAN

    Rata-rata netizen teruja melihat video berkenaan. Mereka Juga mengatakan bahawa anak mereka juga sama seperti Aaisyah yang gemar memakan nasi putih bersama telur rebus walaupun mempunyai lauk yang lain.

    Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?

    Related articles

    Follow Us

    20,437FansLike
    1,181FollowersFollow
    1,049FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTAuto AffiliateAuto Affiliate

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts