Siapa yang tidak mengenali anak kepada pasangan selebriti Malaysia ini, Aaisyah Dhia Rana merupakan anak kepada Zain Saidin dan Rozita Abu bakar atau lebih dikenali sebagai Rozita Che Wan atau Che Ta.
Che Ta merupakan seorang pelakon, pengacara dan penerbit di Malaysia. Che Ta cukup terkenal dalam drama bersiri Komedi ‘Kiah Perkasam’ yang pernah menjadi fenomena suatu ketika dahulu.
Che Ta kini sering aktif di media sosial miliknya terutamanya mengenai perniagaan serta mengenai gelagat lucu anak daranya itu Aaisyah Dhia Rana. Aaisyah sering mendapat perhatian ramai kerana bukan sahaja dia merupakan anak kepada selebriti malah kerana rupa parasnya yang menawan serta perangainya yang masuk air.
“Manja Anaknya, Tutur Katanya juga lembut”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik Che Ta yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 21 ribu, tanda suka sebanyak 502 dan sebanyak 10 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Aaisyah Dhia Rana yang sedang menemani Che Ta yang sedang demam itu.
“Kalau boleh hari hari Aaisyah nak spend time dengan mummy”-kata Aaisyah
@rozitachewan1 Balik dari Machang , kami demam tak mangkit.. ni lah peneman setia mummy 🥰😘 #aaisyahdhiarana . #cheta #rcw #rozitachewan #cekangjelita #lawalips #lipmattecheta
♬ original sound – ROZITA CHE WAN – ROZITA CHE WAN
Rata-rata netizen terharu melihat video berkenaan. Mereka juga mengatakan bahawa Aaisyah sememangnya seorang anak yang baik dan mengambil berat mengenai keluarganya.
Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di duia dan juga di akhirat. Apa kata anda?