Siapa yang tidak mengenali anak kepada pasangan selebriti Malaysia ini, Aaisyah Dhia Rana merupakan anak kepada Zain Saidin dan Rozita Abu bakar atau lebih dikenali sebagai Rozita Che Wan atau Che Ta.
Che Ta merupakan seorang pelakon, pengacara dan penerbit di Malaysia. Che Ta cukup terkenal dalam drama bersiri Komedi ‘Kiah Perkasam’ yang pernah menjadi fenomena suatu ketika dahulu.
Che Ta kini sering aktif di media sosial miliknya terutamanya mengenai perniagaan serta mengenai gelagat lucu anak daranya itu Aaisyah Dhia Rana. Aaisyah sering mendapat perhatian ramai kerana bukan sahaja dia merupakan anak kepada selebriti malah kerana rupa parasnya yang menawan serta perangainya yang masuk air.
“Kenapa Makin Pelik Che Ta Oii, Simple Tu Cantik Tau”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik Che Ta yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 40 ribu, tanda suka sebanyak 990 dan sebanyak 94 komen.
Di dalam video berkenaan memaparkan Che Ta yang menunjukkan duit kepok yang dipegangnya yang merupakan hadiah kemenangan bagi sesiapa yang membeli produk miliknya itu.
@rozitachewan1 Yang nak MENANG Duit kepok*’’ dari kami ……. Anda hanya perlu membuat pembelian *LIPMATTE LAWALIPS* 💄💋minimum *3 PCS YANG BERNILAI RM60* untuk menyertai cabutan bertuah yang akan bermula dari tarikh *HARI INI* hingga *27 JULY 2024*.Dan yang paling best *LIPMATTE LAWALIPS* mempunyai 6 variasi kod yang menarik!! INGAT!! Lebih banyak pembelian lebih tinggi peluang anda untuk memenangi wang tunai. . #lipmatte #lawalips #lipmattecheta #produkcheta #rcw #rozitachewan #byrcw #fyp
♬ Jangan Pandang Bang – Rose Iskandar
Namun pada ruangan komen pula, netizen tidak menghiraukan hadiah wang tunai tersebut malah mereka meninggalkan komen mengenai Che Ta.
“Takut Che Ta Mata Tu”
“Takut Tengok mata Che Ta, sampai saya zoom”
“Awat mata lagu tu?”
“Takut tengok mata, tak berani nak tengok lama sakit mata”-Kata Mereka
Apa-apa pun, itu hanyalah filter yang digunakan oleh Che Ta sahaja. Demoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat.
Apa kata anda?