Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, November 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Cik B Beli Kereta Mewah, Netizen Ucap Tahniah!-“Masin Mulut Doa Mak…”

    [VIDEO] Cik B Beli Kereta Mewah, Netizen Ucap Tahniah!-“Masin Mulut Doa Mak…”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Anak kepada usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida iaitu Cik B memberikan kejutan kepada ibu dan adiknya setelah berjaya memiliki sebuah kereta berjenama mewah sempena hari lahirnya yang ke-19.

    Titip Ucapan Istimewa Buat DSV

    Menerusi video yang dimuatnaik di TikTok, Cik B turut memberikan ucapan istimewa kepada ibunya. Jelas Cik B, dia tidak dapat merealisasikan kejayaannya itu jika tanpa sokongan ibu tersayang.

    “Alhamdulillah, Terima kasih Datuk Seri Vida, tidak dapat melakukannya tanpa anda. Alhamdulillah dikurniakan seorang ibu yang hebat, kaya, pandai, bijak, comel, dan cantik.”-Tulis Cik B

    View this post on Instagram

    A post shared by Boss B (@cikb_havoc66)

    “Mama Yang Terkejut…”

    Dalam pada itu, Datuk Seri Vida akui terkejut dengan kejutan anak perempuannya itu juga berkongsi rasa bangga dengan kejayaan Cik B yang berjaya membeli kereta berjenama mewah G Wagon Brabus G63 serta plat kereta yang ditempah khas CB 111.

    “Cik B beli plat CB 111. Nombor 1, anak mama hebat, nombor 1 bisnes. Nombor 1, Cik B kekayaan nombor 1 ya.

    Mama yang terkejut, Cik B datang nak dapatkan apa benda, tiba beli kereta sendiri Cik B.”-kata DSV

    @cikb_havoc

    Replying to @nb 🏇 it’s definitely G63, gangg!! #tiktokmalaysia #g63 #mercedes #merc #cars #mercedesbenz #mercedesamg #mercedesf1 #cikb #bossb #onthisday #fyp #foryoupage #fypシ゚viral #foryou #surprise #zxycba #tiktok #masukberanda

    ♬ Redbone (feat. The Notorious B.I.G. & 2Pac) – $TURCK

    Di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan ucapan tahniah kepada Cik B, malah ramai yang berpendapat ia adalah hasil dari kata-kata seorang ibu yang sering mendoakan anak-anak menjadi seorang yang hebat.

    “Serius suka Datuk Vida selalu cakap anak dia hebat. Sekarang saya pun selalu bagitau anak-anak saya hebat. Mudah-mudahan mereka menjadi anak hebat dunia dan akhirat.”

    “Ni lah hasil bila mulut mak selalu doakan yang baik-baik untuk anak dia walau apa keadaan sekali pun. Alhamdulillah.”

    “Tahniah Cik B, masin mulut doa mak tu.”

    “Anak mama yang hebat. Itu lah ayat dari mulut mak dia dari dulu lagi. Tahniah Cik B dapat kereta baru.”

    Tahniah Cik B!

    ALSO READ:  Bersyukur Tak Alami Alahan, Nabila Razali Cuma Mengidam Burger Ramly Sepanjang Hamil Anak Pertama



    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts