Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Wednesday, December 25, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Cik B Dedah Kawan Baik Tergamak Curi ‘Hoodie’ Harga RM8,000 –...

    [VIDEO] Cik B Dedah Kawan Baik Tergamak Curi ‘Hoodie’ Harga RM8,000 – ‘Patut Saya Rasa Tak Sedap Hati’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    cik b hoodie cik b hoodie

    Anak kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Vida iaitu Cik B meluahkan rasa kecewa apabila mempunyai seorang kawan yang mengambil kesempatan terhadap kemewahan yang dimilikinya.

    Kepercayaan Cik B hilang

    cik b hoodiecik b hoodie

    Menerusi podcast Bukak Mulut! Cik B atau nama sebenarnya Edlynn Zamilleen mendedahkan bahawa sebelum ini dia mempunyai teman rapat yang disifatkan sebagai seorang rakan yang baik.

    Sangkaan Cik B meleset apabila rakannya itu bertindak mencuri barang peribadinya ketika mereka berada di rumah.

    Saya ada seorang kawan, dia memang baik sangat..cara dia bercakap dan gayanya semua baik. Dia duduk di Kuala Lumpur tapi saya selalu ajak dia balik Ipoh, boleh lepak.

    Tapi satu hari saya rasa tak puas hati dengan dia, bila dengan dia saya rasa panas. Kemudian saya saja nak ‘prank’ dia. Saya mesej dia, ‘aku tahu kau buat apa, bagitahu apa yang kau buat’.

    Lepas itu dia balas, ‘saya minta maaf sebab mencuri hoodie Balenciaga, losyen..mencuri itu dan ini’.

    Jadi bila dia ada di rumah Cik B, dia mengambil barang yang saya sendiri tak perasan. Patut saya rasa tak sedap hati.

    Menurut gadis berusia 19 tahun itu, pakaian berjenama mewah yang dicuri oleh rakannya tersebut bernilai ribuan ribu ringgit.

    Satu hoodie je dalam RM8,000.

    Saya ni kalau barang hilang saya tak perasan, kalau tak tanya dia saya akan ingat baju tu hilang dekat rumah je.

    Saya ingatkan dia hanya bercakap-cakap belakang, rupanya dia ambil barang saya.

    Kesal dengan perbuatan tersebut, Cik B bertindak memutuskan hubungan persahabatan mereka selepas hilang kepercayaan terhadap rakannya.

    Sejak itu, kepercayaan saya dah tak ada sebab saya rasa hanya dia yang boleh jadi kawan saya tapi dia menggunakan saya.

    Hubungan kami dah habis begitu sahaja.

    ALSO READ:  Kisah Penderitaan Mak Ayah Mila Jirin: Makan Nasi Dengan Garam, Tanpa Elektrik dan Minyak Tanah

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts