Anak perempuan kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Vida iaitu Cik B menjadi bualan ramai selepas memuatnaik beberapa foto dirinya sedang bersiar-siar di sekitar sebuah pusat beli belah.
Dikawal Ketat Oleh Pengawal Peribadi
Menerusi hantaran di Instagram, Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin ini dikeliling lebih daripada lima orang pengawal peribadi yang mengawal keselamatannya itu.
“Boss B.”-kapsyen Cik B di Instagram
View this post on Instagram
“Dah Gaya Artis Antarabangsa Baru Sampai Malaysia..”
Perkongsian Cik B itu mencetuskan pelbagai reaksi netizen melihat Cik B dikawal ketat oleh ramai pengawal peribadi, malah ada yang sempat berseloroh menyamakan anak perempuan DSV ini seolah-olah ‘vibe’ artis Korea yang datang ke Malaysia.
“Shout out bodyguard Cik B, kalau aku dah pecah ni 🤣 .”
“Ramainya bodyguard boss.”
“Mengalahkan PMX dia punya bodyguard 🤣 .”
“Nak kerja dengan Cik B. Tukang pegang air dengan aiskrim 🤣🤣 .”
“Perghh, bukan biasa-biasa ni. Macam vibe-vibe artis Korea.”
“Untunglah ada bodyguard.”
“Dah gaya artis antarabangsa baru sampai Malaysia. Hebat laa 🤣 .”
“Serius la macam dalam movie mafia.”
Walaubagaimanapun, ada yang turut menitipkan doa agar Cik B dapat menutup aurat dengan sempurna sebagai wanita muslimah.
Apa komen anda?