Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Cik B Jawab Dakwaan Hidup Hanya Tumpang Kesenangan DSV – ‘Mungkin...

    [VIDEO] Cik B Jawab Dakwaan Hidup Hanya Tumpang Kesenangan DSV – ‘Mungkin Saya Tak Akan Jadi Hebat Seperti Mama Tapi..’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pempengaruh dan anak kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Vida iaitu Cik B tampil menjawab dakwaan dia menumpang kesenangan ibunya.

    Menumpang kesenangan ibu?

    @cikb_salmon_saltedegg_hq

    Replying to @????????? maaf kalau kehidupan saya mengganggu awk, semoga Allah permurahkan rezeki awak ye #mashallah #tabarakallah #alhamdulillah

    ? Pretty song that imaged a sleeping baby – Azuline

    Menerusi perkongsian di TikTok, Cik B mendedahkan terdapat seorang individu telah meninggalkan komen sedemikian di salah satu hantarannya.

    Sekarang Cik B menumpang hidup dengan mak, sampai bila..orang tua tak ada kau terkapai-kapai. Duit segunung habis sekelip mata.

    Awak kena belajar berdikari, boleh survive tak.

    Menurut Cik B atau nama sebenarnya Edlynn Zamilleen berkata, dia sering dihujani dengan persoalan tersebut terutama daripada warganet.

    Kadang saya tak faham, kenapa orang persoalkan kehidupan saya. Kebanyakannya datang daripada orang yang sebangsa dan seagama dengan saya.

    Tidak berdiam diri, Cik B tampil membalas kritikan tersebut dengan menyatakan bahawa dia sangat bersyukur dan beruntung kerana dikurniakan ibu seperti Vida.

    Mama bekerja keras siang dan malam untuk pastikan kami tidak hidup susah.

    Saya sangat bersyukur dianugerahkan seorang ibu yang hebat, yang dapat penuhi keperluan dan kemahuan saya.

    Justeru itu, gadis berusia 19 ini memohon doa agar dia dapat menjadi seorang yang hebat seperti ibunya.

    Saya kagum sangat dengan mama, yang membuatkan saya bercita-cita untuk menjadi seperti dia satu hari nanti.

    Mungkin saya tak akan menjadi hebat seperti mama tapi harap awak semua boleh doakan saya, semoga saya jadi seorang yang berjaya macam mama.

    Menjengah ke ruang komen, rata-rata warganet memberi kata-kata semangat dan menasihati Cik B agar tidak mengendahkan kecaman di media sosial.

    ALSO READ:  [VIDEO] Adakah Tak Perlu Solat Jika Dosa Dilakukan Tak Terima Ibadah Selama 40 Hari? Ini Penjelasan Ustaz Azhar Idrus

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts