Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Cik Pia Kecewa, Bosskay Didakwa Tak Jenguk Zuriat Sendiri? – ‘Apakah...

    [VIDEO] Cik Pia Kecewa, Bosskay Didakwa Tak Jenguk Zuriat Sendiri? – ‘Apakah Dosa Anak Sehingga Ke Hari Ini Tak Pernah Melihat Nasabnya?’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    cik pia anakcik pia anak

    Personaliti media sosial, Cik Pia meluahkan rasa kecewa dengan bekas suaminya iaitu pempengaruh Bosskay yang didakwa tidak menjenguk anaknya.

    Luahan hati seorang ibu

    @cikpia_phoenixempire

    Ank yg tak diazankan ank yg tak ditanya khabar ank yg tak dihiraukan oleh bapak & keluarganya..ank ini tak berdosa dgn sesiapapun..Ank yg lahir dr cinta yg ditagih kembali..Ank yg dilahirkan dgn kemaafan yg hakikatnya sgt sakit utk terima kembali..Tp ank ini dijadikan sbg sebb utk melihat kejatuhan saya..Apalah salah ank ini? ketika ank ini lahir mami pertahankan nasab supaya ank mami ber”binkan” nasabnya..tp apakah dosa ank ini sehingga kehari ini tak pernah melihat nasabnya..Mami harap satu hari nnt Arumi tidak berdendam..mami akn sentiasa pastikan arumi faham keadaan yg tlh berlaku..Melihat bapak die ade ank lagi hati perempuan saya pasti terasa krn apa salah ank2 saya sehingga mereka diabaikan…cukup2 la share video mereka yg meraikan ank baru mereka..jagalah hati & perasaan saya..sye tahu niat baik korg nk bgtau kt saya..tp hati sye sgt hancur krn saat sye melahirkan arumi die tak diraikan oleh family seblh bapak pun..maaf sye dlm fasa utk bangkit jgn buat sye down semula okey!!!#fyp #fyp??viral #viralvideo #fypage #cikpia #norsufiajohari #trending #singlemother #arjunarumi #shepiadessert #bukansekadardessert #wanitabangkit

    ? suara asli – Penikmat Musik – Dhy AES Store

     

    Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Cik Pia atau nama sebenarnya Nor Sufia Johari berasa sedih dengan nasib yang menimpa anaknya sejak kanak-kanak itu lahir lagi.

    Anak yang tak diazankan, anak yang tak ditanya khabar, anak yang tak dihiraukan oleh bapa dan keluarganya.

    Anak ini tak berdosa dengan sesiapa pun. Anak yang lahir dari cinta yang ditagih kembali, anak yang dilahirkan dengan kemaafan yang hakikatnya sangat sakit untuk terima kembali.

    Tapi anak ini dijadikan sebagai sebab untuk melihat kejatuhan saya. Apalah salah anak ini?

    Cik Pia juga mengimbas kembali ketika dia bersusah payah mendaftarkan nama anak lelakinya itu di Jabatan Pendaftaran Negara selepas mendakwa bekas suaminya tidak memberi kerjasama.

    Ketika anak ini lahir mami pertahankan nasab supaya anak mami berbinkan nasabnya tapi apakah dosa anak ini sehingga ke hari ini tak pernah melihat nasabnya?

    Mami harap satu hari nanti Arumi tidak berdendam, mami akan sentiasa pastikan Arumi faham keadaan yang telah berlaku.

    Dalam pada itu, pempengaruh tersebut meminta warganet untuk berhenti berkongsi dengannya video kelahiran cahaya mata Bosskay bersama isteri Tash Yong, kerana ia memberi kesan terhadap emosinya.

    Melihat bapanya ada anak lagi, hati perempuan saya pasti terasa kerana apa salah anak-anak saya sehingga mereka diabaikan?

    Cukup-cukup la share video mereka yang meraikan anak baru mereka. Jagalah hati perasaan saya.

    Saya tahu niat baik awak semua nak beritahu saya, tapi hati saya sangat hancur kerana saat saya melahirkan Arumi dia tak diraikan oleh keluarga sebelah bapanya pun. Maaf saya dalam fasa untuk bangkit, jangan buat saya lemah semula.

    Terdahulu, difahamkan bekas suami kepada Cik Pia iaitu Boss Kay sudah pun menceraikannya dan isteri pertama. Hasil kedua-dua perkahwinan itu Boss Kay dikurniakan empat orang anak.

    ALSO READ:  [VIDEO] Siti Nurhaliza Payung Lagu Duet Bersama Cakra Khan, Raih Perhatian Ramai!-“Lagu Ni Banyak Kenangan”

    Boss Kayy juga mendirikan rumah tangga buat kali ketiga bersama pelakon Tash Yong pada April tahun lalu.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts