Usahawan dan pempengaruh media sosial, Datuk Red berkongsi situasi bekas isterinya, Adira Suhaimi yang jatuh pengsan di rumah.
‘Saya menangis’
Menerusi potongan klip dari siaran langsung TikTok, Datuk Red atau nama lengkapnya Datuk Seri Adnan Abu akui sebak melihat keadaan Adira.
Ujarnya, wajah Adira kelihatan sangat pucat apabila sedar dari pengsan.
Saya menangis, tadi gugur air mata seorang duda.
Adira pengsan tadi depan anak-anak dan abang dia.
Bila Adira sedar dari pengsan, muka dia sangat pucat. Bibir jadi biru.
Difahamkan, puteri sulung pasangan ini, Anggrek menangis ketika kejadian berlaku.
Kalau apa-apa jadi, aku ini seorang ayah yang tak berguna. Tidak boleh diharap.
Dalam pada itu, Datuk Red dilihat mengucup cincin Adira yang dipegangnya dan mohon doa agar mereka cepat disatukan kembali.
Doakan kami
@kunci.si_merak Moga cepat sembuh Ami. Terbaik tok..tunggu Ami #abgred #adirasuhaimi #tiktoklive #fyp ? original sound – kunci.si_merak