Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Cupcake Aisyah Bersuara Isu Dakwaan ‘Rampas’ Bekas Teman Lelaki Leona, Mohon...

    [VIDEO] Cupcake Aisyah Bersuara Isu Dakwaan ‘Rampas’ Bekas Teman Lelaki Leona, Mohon Semua ‘Move On’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Youtuber dan pempengaruh, Cupcake Aisyah atau nama sebenarnya Nur Aisyah Muhammad Razip tampil bersuara tentang perkara yang berlaku antara dirinya dengan pempengaruh dan anak perempuan kepada pelakon Azhar Sulaiman iaitu, Kasih Iris Leona.

    Artikel berkaitan: Cupcake Aisyah Nafi Jalin Hubungan Dengan Bekas Teman Lelaki Leona

    Artikel berkaitan: Leona Dedah Belum Terima Permohonan Maaf, Dakwa Ex BFF Tidak Mahu Berbaik – ‘Saya Call, Text Dia Tak Jawab’

    Minta semua ‘move on’

    Menerusi video terbaharu yang dimuat naik di Youtube, Aisyah sekali lagi menjelaskan perkara yang berlaku dan tujuan dia mengeluarkan kenyataan di Instagram ketika tular isu tersebut di media sosial.

    Saya dah beritahu apa yang perlu saya katakan di Instagram. Untuk menjelaskan perkara ini sekali lagi, saya sebenarnya jumpa Leona pada hujung tahun 2022. Kami berjumpa dan meluahkan semua perkara kemudian saya hantar dia balik. Itu sahaja.

    Saya sedar saya membuat kesilapan tapi saya nak tegaskan saya tidak merampas sesiapa daripada sesiapa dan saya tidak pernah ada hubungan dengan lelaki tersebut. Saya harap kita boleh ‘move on’ daripada situasi ini.

    Menurut Aisyah, keluarganya turut terkesan dan meminta agar semua ‘move on’ daripada hal tersebut.

    Perkara itu sudah berlaku dua tahun lalu, tapi ia sangat buruk sampai saya tak boleh buka akaun Instagram, Twitter, TikTok tanpa melihat nama saya disebut dan dibenci. Ramai orang membuat andaian.

    Selalunya, saya tidak suka memperjelaskan isu remeh sebab tak nak perkara ini menjadi isu besar, tapi netizen mula menyerang keluarga saya terutama ibu saya. Disebabkan hal itu, saya terpaksa tampil mengeluarkan kenyataan tersebut.

    Apa yang saya katakan dalam kenyataan tersebut adalah 100 peratus benar.

    Dalam pada itu, Aisyah turut memberitahu sebab dia memilih untuk berdiam diri daripada bercakap tentang isu berkenaan.

    Ramai yang tanya kenapa saya tidak bersuara, sebab kadang-kadang respons terbaik adalah untuk tidak memberi sebarang respons. Selagi saya tahu kebenarannya dan saya jujur dengan diri sendiri, saya tidak perlu memberi justifikasi tentang perkara tersebut.

    Terdahulu, nama Aisyah menjadi sebutan dan topik hangat apabila dia didakwa merampas bekas teman lelaki Leona.

    ALSO READ:  Hotel W Kuala Lumpur Bawa Pengunjung Menggamit Memori Ke ‘Bazaar Malam’

    Kejadian itu berlaku disebabkan video yang dimuat naik oleh Leona di TikTok mendedahkan sahabat baik sendiri ‘bercinta’ dengan bekas teman lelakinya.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts