Kisah pempengaruh popular Indonesia, Cut Intan Nabila yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga masih menjadi tumpuan netizen di media sosial.
Susulan daripada berita tersebut, Cut Intan mendapat sokongan dan kata-kata semangat daripada netizen, rakan-rakannya dan juga ahli keluarga.
Jumpa ayah
Terbaru, viral rakaman video Cut Intan bertemu dengan bapanya yang datang dari Aceh. Momen sedih pertemuan itu dirakamkan oleh seorang individu yang dikenali sebagai Wardah Maulina.
Menerusi video tersebut, Cut Intan dilihat menangis sepuas-puasnya dan memeluk erat bapanya. Sahabat yang ada pada masa itu dilihat turut sama mengalirkan air mata.
Akhirnya @cut.intannabila jumpa Ayah dari Aceh. Sakitnya nyampe ke ulu hati. Hati Ayah mana yang ga luka anak perempuannya disakiti oleh laki-laki yang sudah dipercaya untuk menjaganya dengan baik.
Terdahulu, Cut Intan memuat naik rakaman litar tetrutup (CCTV) memaparkan kekerasan yang dilakukan oleh suaminya. Ujar Intan, suaminya itu bukan sahaja melakukan penderaan fizikal terhadap dirinya dan anak malah sudah beberapa kali berlaku curang sepanjang lima tahun mendirikan rumah tangga.
Meskipun sudah memaafkan berkali-kali dan memberi peluang namun suaminya itu masih melakukan kesalahan yang sama.
Video
View this post on Instagram