Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Dafi Syukur Kakak & Jovian Cerai Secara Baik – ‘Senang Mereka...

    [VIDEO] Dafi Syukur Kakak & Jovian Cerai Secara Baik – ‘Senang Mereka Nak Jalankan Tanggungjawab Sebagai Ibu Bapa’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Penyanyi, Dafi menjelaskan masih menjalinkan hubungan baik dengan bekas abang iparnya yang juga merupakan pereka fesyen terkenal, Datuk Jovian Mandagie.

    ‘Hubungan kami dengan bekas abang ipar baik’

    @affendyjailani #dafiismailsabri #dafi #fyp #fyp??viral #bukakmulut #foryoupage #malaysiatiktok #foryou #artismalaysia #fypage #tiktokmalaysia ? original sound – Affendy Jailani

    Menerusi podcast Bukak Mulut, Dafi atau nama sebenarnya Gaddafi Ismail Sabri, 36, memberitahu bahawa bukan sahaja dirinya malah keluarga juga tidak mempunyai sebarang masalah hubungan dengan Jovian. Malah, mereka juga masih berhubung menerusi telefon atau bertemu secara langsung.

    Hubungan kami dengan bekas abang ipar baik, dengan keluarga pun sama. Saya pun memang ada berhubung dengan bekas abang ipar, sebab kadang-kadang ada je situasi yang melibatkan dia sekali.

    Apabila ditanya mengenai kisah rumah tangga kakaknya iaitu Nina Ismail Sabri, Dafi enggan mengulas lebih lanjut namun bersyukur kerana perceraian itu berlaku secara baik tanpa sebarang pergaduhan.

    Saya pun sebenarnya tak nak komen lebih berkaitan rumah tangga orang cuma saya bersyukur mereka (kakak dan Jovian) berpisah secara baik. Sebenarnya risau kalau bercerai secara tidak baik, sebab mereka ada anak.

    Bila hubungan baik, senang mereka nak jalankan tanggungjawab sebagai ibu bapa walaupun dah berpisah.

    Dalam pada itu, pelantun lagu Bila Terasa Rindu ini akui sebagai seorang adik, dia sentiasa ada memberi sokongan kepada kakaknya.

    Jadi, sebagai seorang adik, saya jadi sistem sokongan buat kakak saya. Saya sentiasa ada bila dia perlukan seseorang, lagipun saya dengan dia beza umur setahun je, Jadi kami memang rapat.

    Sebelum ini Nina yang juga anak bekas Perdana Menteri Ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkahwin dengan Jovian pada 11 Disember 2013 dan bercerai pada Ogos 2022.

    ALSO READ:  ‘Akak Doakan Kau Rujuk Semula Dengan Laki Kau Dik’ – Zarina Zainuddin

    Menerusi perkahwinan itu mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Jeanelle Nika Mandagie, 6.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts